Artikel Pilihan

HONDA PERNAH HASILKAN ENJIN DENGAN PISTON BUJUR, NR 750

Sebut saja piston enjin, kita akan bayangkan ia berbentuk bulat dengan isipadu silinder. Luas permukaan pistin cukup untuk memuatkan 4 injap bagi menghasilkan kuasa yang cukup untuk kegunaan biasa. Tapi bagi kegunaan perlumbaan, ia masih tidak mencukupi

Honda kembali ke pentas perlumbaan World Motorcycle Grand Prix pada tahun 1979, selepas 12 tahun menghilagkan diri. Bagi tujuan ini, Honda menghasilkan suprbike dengan enjin baru, NR500 (New Racing 500cc). Berbeza dengan pengeluar lain yang menggunakan enjin 2 stroke, Honda menggunakan 4 stroke

Enjin ini merupakan enjin 4 stroke, DOHC dan 4 silinder dengan susunan V4. Tapi ia tidak menggunakan silinder biasa, sebaliknya menggunakan silinder dan piston berbentuk bujur disebabkan ia memiliki 8 injap bagi setiap silinder. Masalah utama bagi enjin 4 stroke ialah kuasa

Enjin 2 stroke boleh mendapat kuasa pada RPM tinggi dengan mudah, satu rekaan yang sukar ditandingi oleh enjin 4 stroke. Bagi enjin 4 stroke, ia boleh menghasilkan kuasa samaada dengan membesarkan saiz enjin melebiho 500cc atau menggunakan turbo

Tapi kedua dua kaedah adalah tidak dibenarkan oleh bahagian teknikal perlumbaan dan Soichiro Honda enggan menggunakan enjin 2 stroke. Malah Honda sendiri adalah pembuat enjin motosikal 4 stroke yang berkuasa di dunia. Jadi untuk menghasilkan lebih banyak kuasa, mereka perlukan lebih banyak udara untuk disedut, dibakar dan dilepaskan sebagai ekzos

Cara mudah mendapat udara ialah dengan menambah bilangan injap daripada 4 kepada 8 per silinder. Hasilnya enjin ini ialah enjin V4 tapi rekaanya hampir sama seperti enjin V8 kerana menggunakan 32 silinder. Dokumen teknikal juga menghadkan bilangan piston kepada 4 sahaja

Ketika enjin ini dibuat, objektif mereka ialah ia mestilah berupaya menghasilkan sekurang-kurangnya 120 kuasa kuda pada 23,000 RPM. Bunyi agak gila, tapi itulah keputusan barisan pengarah Honda ketika itu yang mahukan hanya enjin 4 silinder bagi memenangi perlumbaan

Bagi menjana kuasa sama seperti enjin 2 stroke, enjin 4 stroke perlu berputar 2 kali ganda lebih daripada enjin 2 stroke. Masalahnya enjin 4 stroke adalah lebih kompleks berbanding enjin 2 stroke. Jadi jurutera ada beberapa masalah dengan rekaan enjin seprti RPM yang tinggi dan susunan injap yang kompleks serta piston yang pelik

Jurutera Honda bermula dengan enjin piston bujur satu silinder dan 2 injap, sebelum diteruskan kepada 8 injap 1 silinder. Walaupun hanya 1 silinder sahaja, masalah bermula bila mereka menggunakan 8 injap. Apabila mencecah 10,000 RPM, rod penyambung piston kelihatan telah bengkok dan piston pin boleh tercabut.

Masalah kedua ialah piston ring berbentuk bujur yang sukar untuk dihasilkan disebabkan proses CNC ketika itu tidak tepat dan canggih seperti sekarang. Semua masalah diselesaikan dalam masa 6 bulan bagi prototaip 1 silinder. Akhirnya prototaip kedua V4 pada sudut 100 darjah siap pada bulan April 1979

Malangnya penampilan pertama enjin ini ketika perlumbaan sangat bermasalah bermula dengan gear rosak dan juga injap bengkok. Manakala, prestasinya ketika perlumbaan hanyalah 100 kuasa kuda sahaja pada 16,000 RPM. Lebih malang lagi kedua dua pelumba gagal menamatkan perlumbaan untuk penampilan sulung enjin ini

Di akhir perlumbaan GP French 1979, enjin ini tidak cukup laju bagi sesi kelayakan. Jadi kedua-dua pelumba tidak boleh berlumba dengan enjin dan jentera mereka. Enjin ini diperbaiki lagi pada aspek gear train dan juga valve train

Menjelang tahun 1982, prototaip 2X berupaya menjana 135 kuasa kuda tapi masalah utama enjin ini ialah berat kerana ia 20kg lebih berat berbanding enjin 2 stroke. Ia menyebabkan jentera menjadi kurang stabil dengan pusat graviti lebih tinggi.

Walaupun menggunakan magnesium, titanium dan aluminium, sekali lagi enjin mereka kalah dengan masalah berat sebaik sahaja pesaing mereka dengan enjin 2 stroke menggunakan bahan sama. Varian 2X digantikan dengan enjin baru 3X yang berupaya menjana 130 kuasa kuda pada 19,500 RPM

Tapi ketika ini, enjin 2 stroke yang dibangunkan oleh Honda mula menunjukkan kemampuan menyebabkan enjin 3X tidak lagi diberi perhatian. Enjin ini menjadi asas kepada enjin NR750 tapi bukan untuk perlumbaan, sebaliknya untuk dijual kepada pengguna jalan raya.

Enjin V4 750cc ini dengan 32 injap dan piston oval berjaya menghasilkan 150 kuasa kuda pda 15,000 RPM, dengan rekaan 8 rod penyambung, 8 palam pencucuh dan 8 throttle body

.

Google ads
Back to top button