
NHTSA MULAKAN SIASATAN PADA FORD BRONCO, ENJIN CEPAT ROSAK
Pada awal bulan Jun, sebanyak 50 unit Ford Bronco dilaporkan mengalami masalah kegagalan enjin pada model 2.7 liter V6. Kebanyakan enjin dilaporkan mengalami kegagalan injap walaupun jarak perbatuan tidak mencapai 16,000km. Malah dalam kes yang serius, enjin ini akan rosak walaupun perbatuan tidak mencapai 1600km
Berikutan masalah ini National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) memulakan siasatan rasmi terhadap Ford Amerika disebabkan masalah kegagalan enjin ini dengan 32 kes sudah dilaporkan pada badan kerajaan ini. NHTSA menyatakan masalah ini adalah seriues sehingga enjin gagal dihidupkan
Dalam satu kenyataan akhbar, Ford telah memulakan siasatan dalaman bagi masalah ini dan semua pelanggan Bronco akan dilindungi oleh jaminan wajib 100,000km. Disebabkan Bronco dipasarkan sebagai kenderaan lasak untuk meredah gurun dan gunung, adalah malang bagi pemilik jika mereka tersadai di kawasan terpencil
Salah seorang eksekutif kanan Ford mendedahkan masalah kegagalan injap ini bermula daripada masalah pembekal dimana injap ini akan mengalami kegagalan struktur dibawah tekanan haba. Setakat ini 25,538 unit Bronco terdedah dengan masalah kegagalan injap enjin ini
Sekiranya NHTSA mendapati injap ini gagal seperti yang didakwa, NHTSA akan mengarahkan Ford memanggil semula Bronco bagi tujuan pembaikan walaupun baru sahaja diperkenalkan dalam tempoh 2 tahun di pasaran.
Masalah ini akan menyebabkan Ford sekali lagi berdepan dengan panggilan semula yang sebelum ini dibelenggu dengan masalah transmisi klac berkembar dimana klac ini gagal berfungsi dalam keadaan pemanduan biasa

