Buletin

HONDA SAHKAN KEROSAKAN BEG UDARA PADA CITY 2005

Honda hari ini mengesahkan insiden inflator beg udara Takata single stage (SDI) yang pecah dalam satu kemalangan pada 26 Jun lalu. Kemalangan itu menyebabkan pemandunya maut.

46,710 UNIT LAGI MODEL HONDA DIPANGGIL SEMULA

Hasil pemeriksaan dengan pihak polis, Honda turut menyatakan bahawa kemalangan itu melibatkan sebuah Honda City tahun 2005. Kenderaan ini terlibat dalam proses panggilan semula (recall) yang telah diumumkan pada 21 Mei 2015. Recall tersebut bertujuan menukar SDI Inflator beg udara Takata pemandu.

Menurut Honda, pihaknya telah menghantar tiga pucuk surat kepada pemiliknya. Namun, berdasarkan kepada rekod, tiada tindakan yang dibuat. Honda akan berhubung dengan waris mangsa untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berbangkit.

Honda-City-Takata-recal-mekanika (3)

Honda Malaysia sekali lagi mengingatkan kepada semua yang terjejas supaya jangan berlengah untuk menghantar kenderaan Honda mereka ke pusat servis sah Honda yang terdekat.

Pelanggan boleh memeriksa status kenderaan mereka di laman web:  www.honda.com.my, hubungi talian tol percuma: 1-800-88-2020 atau kunjungi mana-mana pengedar sah Honda.

Bertindak sekarang!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button