Motosikal

YAMAHA TAMATKAN PRODUKSI XT660Z TENERE

Yamaha baru-baru ini mengesahkan bahawa ia akan menghentikan produksi jentera adventure Yamaha XT660Z Tenere.

Yamaha-XT660Z-Tenere-discontinued-mekanika (2)

Langkah itu terpaksa dibuat kerana model itu gagal mematuhi piawaian emisi Euro 4. Jadi, motosikal ini tidak lagi akan dijual di pasaran Eropah mulai tahun 2107.

Memandangkan XTZ660R dan supermoto XT660X menggunakan enjin seperti Tenere, model-model itu berkemungkinan besar akan menerima nasib yang sama.

Yamaha-XT660Z-Tenere-discontinued-mekanika (1)

Namun, pemberhentian produksi itu dilihat tidak akan menjejaskan Yamaha kerana model-model yang terlibat dijual dalam jumlah kecil.

Yamaha juga dilihat tidak akan meneruskan produksi model  XJR1300 dan VMAX atas alasan serupa. Khabar angin itu bertiup kencang berikutan Yamaha tidak merancang untuk menawarkan model gantian XJR1300 or VMAX.

Yamaha-XT660Z-Tenere-discontinued-mekanika (3)

Jangan bimbang, Tenere dikhabarkan bakal diganti dengan jentera serba baharu yang menggunakan enjin MT-07. Ia dijangka diperkenalkan pada tahun ini.

Google ads
Back to top button