Motosikal

KIT PENUKARAN MOTOSIKAL SALJI TIMBERSLED

 

Selepas dibeli oleh syarikat Polaris tahun lalu, Timbersled dilihat semakin aktif dalam menghasilkan kit penukaran (conversion kit) untuk motosikal/jentera salji.Timbersled-conversion-kit-mekanika (2)

Sebenarnya, konsep Tmbersled agak mudah. Ia membolehkan pemilik motosikal dual purpose menukar jentera mereka menjadi snow bike menggunakan conversion kit keluarannya.

Apa yang pasti, pengalaman tunggangan dikatakan lebih dinamik berbanding snowmobile. Dengan tayar depan dan belakang digantikan oleh ski dan trek, penunggang boleh pergi lebih jauh.

Timbersled-conversion-kit-mekanika (5)

Conversion kit ini ditawarkan dalam empat reka bentuk. Short Track (ST – $5,300/RM22,000), Long Track (LT – $6,000/RM25,000) dan dua model Snow Cross (SX120 – $5,800/RM24,000 & SX137 – $6,500/RM27,000).

Timbersled-conversion-kit-mekanika (6)

Walaupun Timbersled tidak menjangka ramai pemilik motosikal yang rajin untuk memasang kit ini, tetapi kalau lihat kepada gambar, memang syok juga…

Google ads
Back to top button