HONDA THAILAND LANCAR ACCORD HYBRID – RM193,000
Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. semalam telah melancarkan Honda Accord Hybrid yang menampilkan teknologi Sport Hybrid Intelligent Multi Mode Drive (i-MMD).
Teknologi itu mampu menawarkan prestasi mengagumkan dengan output maksimum 251hp dalam mode hibrid sepenuhnya. Pemandu boleh meningkatkan pecutan dengan mode Sport Dribe dan mencapai kelajuan sehingga 120km/j dalam mode EV Drive
Kereta itu mencatat penjimatan bahan api paling tinggi iaitu 23.8 kilometer per liter. Accord Hybrid juga didatangkan dengan teknologi keselamatan Honda SENSING.
Ia terdiri daripada sistem Adaptive Cruise Control (ACC), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS) dan Road Departure Mitigation (RDM) dengan Lane Departure Warning (LDW).
Bukan itu sahaja, Accord Hybrid turut dilengkapi sistem keselamatan lain seperti Honda LaneWatch, Active Cornering Lights (ACL), Acoustic Vehicle Alerting System (AVAS) dan enam beg udara.
Accord Hybrid dijana oleh enjin Atkinson Cycle Double Overhead Camshaft (DOHC) i-VTEC 4 silinder yang digabungkan dengan dua motor elektrik penuh kuasa, transmisi E-CVT dan bateri lithium-ion berkuasa 1.3 kilowatt.
Mode pemanduan seperti EV Drive, Hybrid Drive, Sport Drive dan Engine Drive boleh ditukar dengan lancar untuk apa juga kondisi pemanduan.
Pada ruang kabin, sedan itu dilengkapi pelbagai ciri termasuklah Engine Remote Start, skrin sentuh yang menyokong Apple CarPlay, tempat duduk dibalut kulit dan banyak lagi.
Demi memberi ketenangan minda kepada pemiliknya, Honda menawarkan jaminan selama 10 tahun ke atas bateri dan lima tahun untuk seluruh sistem hibrid dengan perbatuan tanpa had.
Honda Accord Hybrid hadir dalam dua varian iaitu HYBRID pada harga 1,659,000 baht (RM193,000) dan Hybrid TECH berharga 1,849,000 baht (RM215,00). Empat warna ditawarkan: kelabu, perak, putih dan hitam mutiara.