Buletin

HONDA TUTUP KILANG DI ARGENTINA TAHUN DEPAN

Honda Motor Co. baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menghentikan pengeluaran kenderaan di Argentina mulai tahun hadapan.

Langkah itu diambil sebagai sebahagian usaha untuk melancarkan lagi produksi kenderaannya di peringkat global.

Honda menghasilkan sekitar 10,000 unit SUV kompak HR-V, selain hampir 100,000 unit motosikal di kilangnya di Campana, Buenos Aires tahun lalu.

Justeru, kemudahahan tersebut akan fokus kepada pengilangan motosikal sahaja yang kini menghasilkan model-model seperti Wave, CG150 dan XR150L.

Jurucakap Honda menyatakan pihaknya sukar untuk kekal untung dalam pasaran yang industri automotifnya semakin menguncup. Kejatuhan matawang peso Argentina pula membuatkan kos mengimport alat ganti menjadi semakin tinggi.

Honda sebelum ini mengumumkan ia akan menutup sebuah kilangnya di Britain dan menghentikan pengeluaran model Civic di Turki pada tahun 2021. Ini merupakan sebahagian daripada langkah penstrukturan semula produksi globalnya.

Di Amerika Latin, Honda mempunyai dua buah kilang yang menghasilkan kenderaan pacuan empat roda di Brazil dengan kapasiti pengeluaran sekitar 240,000 unit setahun.  

Google ads
Back to top button