
Buletin
HONDA UMUM HENTI JUALAN NSX 2020 DI JEPUN
Honda Motor Co. Ltd mengumumkan secara rasmi pemberhentian jualan jentera super sports model NSX 2020.
Generasi kedua NSX dilancarkan pada tahun 2016 merupakan model supersport yang dilengkapi sistem hybrid Sport Hybrid Super Handling-All Wheel Drive.
Menurut laporan Car Watch, jualan model 2020 yang diperkenalkan di Jepun tidak akan diteruskan kepada orang ramai tetapi bukan produksi NSX.

Biarpun, laman web di Jepun menyenaraikan NSX 2020 sebagai tidak diteruskan tetapi masih terdapat para pengedar yang menawarkan model berkenaan melalui perkhidmatan berteraskan langganan.
Dalam pada itu, laman portal Carscoops berkata pasaran Amerika Syarikat (AS) tidak terjejas dengan pengumuman tersebut dan akan meneruskan jualan model kereta itu. – agensi
- BACA: PENGANTIN WANITA NAIK HONDA SCOOPY JEMPUT PENGANTIN LELAKI TERTIDUR. BETUL KE NI?
- BACA: HONDA AKAN PINDAH KILANG DARI INDIA KE INDONESIA. TINGKATKAN PELABURAN HINGGA RM1.49 BILION
- BACA: HONDA MALAYSIA UMUM HARGA CITY RS e:HEV. BERMULA RM106K. ADA HONDA CONNECT, HONDA SENSING
- BACA: HONDA CRF250 RALLY 2021. INSPIRASI REKAAN JENTERA RALI DAKAR, BERMULA RM27,600