
PENGANTIN WANITA NAIK HONDA SCOOPY JEMPUT PENGANTIN LELAKI TERTIDUR. BETUL KE NI?
Seorang wanita memadankan busana pernikahan adat Jawa berwarna hitam lengkap menunggang motosikal Honda Scoopy menjadi viral di laman media sosial negara seberang, Indonesia.
Dalam kejadian di Landungsari, Kota Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia, wanita berkenaan kononnya ingin menjemput pengantin lelaki yang didakwa tertidur sebelum majlis pernikahan mereka.
Video dimuat naik di laman sosial menjadi viral sehingga mendapat reaksi pengguna alam maya memuat naik pelbagai komen menarik dan lucu membuat andaian sendiri berhubung kejadian itu.
Antara kapsyen tersebut ialah “Pengantin pria ketiduran, pengantin wanita datang menjemput. Lokasi Landungsari, Kota Pekalongan”.
“Keluarga pengantinnya masa tidur juga ya,” kata seorang lagi netizen.
Bagaimanapun, media tempatan mendapati wanita berkenaan bukanlah pengantin wanita yang didakwa ingin menjemput bakal suaminya tertidur.
Dia merupakan seorang model berpakaian pengantin dalam perjalanan menjalani sesi penggambaran. -agensi