Buletin

MITSUBISHI LABUR RM3.2 BILION DI INDONESIA. HASILKAN XPANDER HYBRID DAN OUTLANDER PHEV UNTUK PASARAN EKSPORT

Mitsubishi Motor dilapor bakal melabur sebanyak 11.2 trilion (RM3.2 bilion) di Indonesia sehingga tahun 2025. Pelaburan tersebut bertujuan meningkatkan kapasiti kilang pengeluarannya daripada 220,000 hingga 250,000 unit setahun. 

Pengeluar kenderaan Jepun itu turut merancang untuk membina dua model hibrid iaitu Xpander Hybrid dan Outlander plug-in hybrid  (PHEV) di sana. 

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang selepas bertemu dengan ekskutif kanan Mitsubishi. Sebelum ini, Gumiwang mengumumkan rancangan Honda MoTor untuk memindahkan kilang pengeluarannya dari India ke republik tersebut, selain meningkatkan pelaburan kepada RM1.49 bilion. 

Mitsubishi sudahpun menawarkan model Outlander PHEV di Indonesia, tetapi dalam bentuk CBU. Model CKD Outlander PHEV nanti dijangka dipasarkan ke 39 pasaran eksport di seluruh dunia. 

Rancangan untuk menghasilkan Xpander Hybrid sebenarnya sudah digariskan sejak November 2020 lagi. Kemudian, Mitsubishi mengumumkan sasaran peniagaannya kini lebih fokus kepada pasaran ASEAN.  

Terdapat tiga model elektrifikasi yang akan dikembangkan iaitu Eclipse Cross PHEV, Outlander PHEV dan Xpander Hybrid menjelang tahun 2023. – CNN Indonesia

Google ads
Back to top button