Buletin

HONDA MALAYSIA UMUM HARGA CITY RS e:HEV. BERMULA RM106K. ADA HONDA CONNECT, HONDA SENSING

Honda Malaysia ini mengumumkan harga untuk varian terkini Honda City RS e:HEV, sekali gus menjadi rekod sebagai negara pertama di dunia yang memperkenalkannya. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah menampah varian ini dan bersabar sehingga harganya diumumkan. Honda City seba baharu menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan dengan lebih 20,000 tempahan sehingga kini. 

“Kami sudah berjaya menyerahkan lebih 13,100 unit kepada pelanggan sejak ia dilancarkan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.  

Honda City RS e:HEV kini boleh anda miliki pada harga RM105,950 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans, sehingga pengecualian cukai tamat pada 30 Jun 2021). Ia menjadi sedan paling lengkap pernah ditawarkan oleh Honda Malaysia setakat ini. 

Buktinya, City RS e:HEV menjadi model pertama yang dipasang dengan sistem ketersambungan Honda CONNECT, selain keselamatan Honda SENSING. Honda CONNECT menggunakan teknologi telemetik untuk menawarkan sistem komunikasi 24 jam demi memastikan keselamatan dan kemudahan kepada pengguna. 

Seperti yang boleh dilihat, varian itu tampil lebih sporty. Ia melibatkan pemasangan gril hadapan, bampar belakang dengan peresap udara, spoiler belakang dan perumah cermin sisi berwarna hitam. Penampilan dinamik itu disempurnakan lagi dengan lampu utama LED, DRL LED, lampu kabus, set lampu belakang baharu dan rim dua tona bersaiz 16 inci. 

Sedan tersebut dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC bersama Multi-Mode Drive (i-MMD) dan sistem hibrid dua motor. Dipadankan bersama kotak gear e-CVT, ia menawarkan kuasa mencecah 109PS dan tork 253Nm, terbaik dalam kelasnya. Rangkaian kuasa itu didakwa mampu menawarkan kuasa seperti enjin NA yang ada pada model segmen D. 

Sistem e:HEV beralih di antara mode EV, hibrid dan enjin dalam cara yang paling cekap. Jentera itu juga hadir dengan ciri Deceleration Selector Paddle yang membolehkan pemandu menggunakan pedal untuk menjana kuasa dan memperlahankan kenderaan tanpa perlu menekan brek. 

Pertama dalam kelasnya, sedan tersebut didatangkan dengan ciri keselamatan Honda SENSING yang paling lengkap seperti berikut: 

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • AutoHigh Beam (AHB)menjadi sedan paling lengkap pernah ditawarkan oleh Honda Malaysia setakat ini. 

Tidak ketinggalan, ciri Honda LaneWatch yang membantu pemandu memantau titik buta menerusi sistem infohibur. Ciri penghidup enjin dari jauh pula membolehkan pemandu menyejukkan kabin kereta lebih awal sebelum memandu. 

Hadir dalam tiga warna menarik iaitu merah, perak dan putih mutiara, anda sudah boleh menempah City RS e:HEV di prebook.honda.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar sah Honda. 

Google ads
Back to top button