Motosikal

HONDA VARIO 160 KINI DI MALAYSIA. 15.1HP, 4 PILIHAN WARNA, BERMULA RM9,998 SEUNIT

Boon Siew Honda hari ini melancarkan secara rasmi skuter popularnya, Honda Vario 160 ke pasaran tempatan. Sedia maklum bahawa model itu sudahpun dilancarkan di Indonesia. 

Sebagai sebuah model serba baharu, Vario 160 tampil dengan banyak penambahbaikan. Antaranya ialah: 

  • Enjin empat injap berkapasiti 157cc dengan sistem Smart Power Plus (eSP+) yang telah ditambah baik untuk memberikan lebih kuasa dan penjimatan.
  • Kerangka Smart Architecture Frame (eSAF) baharu yang lebih ringan, lincah dan mudah dikendalikan. 
  • Sistem brek ABS satu saluran pada roda hadapan dan brek cakera di belakang untuk memberi lebih keyakinan ketika menunggang.
  • Sistem kunci pintar untuk lebih keselamatan
  • Reka bentuk sporty bersama sistem lampu LED sepenuhnya
  • Speedometer digital sepenuhnya yang lebih premium bersama pengecas USB binaan dalam
  • Rim cast dengan reka bentuk baharu bersaiz 14 inci    

Perbezaan paling ketara berbanding model model lama pastinya enjin yang kini mampu menjana 15.1hp dan tork puncak 13.8Nm pada 8,500rpm. Jadi, penunggang boleh mengharap tunggangan yang lebih mengujakan.

Vario 160 juga dilengkapi tayar tanpa tiub yang lebih mebar iaitu 100/80R14 di depan dan 120/70R14 di belakang. 

Segala maklumat tunggangan seperti indikator kunci pintar, jam, penggunaan bahan api dan indikator ABS dipaparkan dengan jelas menerusi skrin digital. 

Ruang penyimpanan barang seluas 18 diliter di bawah pelana memudahkan penunggang untuk meletak baju hujan dan sebagainya. 

Jika berminat, Vario 160 didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu merah, biru dan perak metalik pada harga RM9,998 seunit. Manakala warna kelabu metalik berharga RM10,298 seunit. Varian Black Edition pula akan ditawarkan bermula pada Februari 2023. 

GALERI

Google ads
Back to top button