
HUSQVARNA BAKAL PERKENAL SVARTPILEN 125. 15HP, TOP SPEED 100KM/J
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Husqvarna Malaysia baru sahaja melancarkan model naked Svartpilen 250, Svartpilen 401 dan café racer Vitpilen 401 ke pasaran tempatan.
Pengenalan jentera dengan rekaan minimalis itu jelas merancakkan lagi segmen naked dan café racer di Malaysia yang lebih dimonopoli oleh motosikal jenama dari Jepun,
Kini, timbul pula laporan bahawa firma Sweden itu akan melancarkan jentera naked berenjin lebih kecil iaitu Svartpilen 125. Langkah tersebut diambil bagi membolehkan Husqvarna menjangkau audiens yang lebih besar berbanding sekarang.

Naked berkenaan didakwa dibangun berdasarkan kepada model KTM Duke 125. Ketibaan model tersebut dilihat semakin nyata apabila sebuah Svartpilen 125 sudah tiba di tangan pihak Le Repaire des Motards di Perancis.
Svartpilen 125 akan dijual di pasaran Eropah sebagai model entry level dan berkemungkinan besar turut ditawarkan di Asia. Menggunakan enjin bersesaran 124.7cc, ia mampu menjana kuasa sekitar 15hp dan tork 12Nm dengan pecutan maksimum 100km/j.
Svartpilen yang bermaksud anak panah hitam mula dijual di pasaran Eropah sejak tahun bersama model café racer Vitpilen 701 dan 401.
- BACA: HUSQVARNA KINI KEMBALI. TAWAR JENTERA SVARTPILEN 250, SVARTPILEN 401 DAN VITPILEN 401. HARGA BERMULA RM24,800
- BACA: BAJAJ AUTO PENGELUAR MOTOSIKAL PALING BERNILAI DI DUNIA. NILAI PASARAN CECAH RM54.8 BILION
- BACA: BAJAJ AUTO PENGELUAR MOTOSIKAL PALING BERNILAI DI DUNIA. NILAI PASARAN CECAH RM54.8 BILION
- BACA: KTM 250 ADVENTURE, 390 ADVENTURE MASUK PASARAN MALAYSIA. HARGA BERMULA RM21,500







