Motosikal

HUSQVARNA KINI KEMBALI. TAWAR JENTERA SVARTPILEN 250, SVARTPILEN 401 DAN VITPILEN 401. HARGA BERMULA RM24,800

Selepas sekian lama menghilang, jenama motosikal Husqvarna kini kembali ke pasaran Malaysia menerusi pelancaran beberapa model terbaharunya.

Dibawa masuk oleh pihak Husqvarna Malaysia, anda kini sudah boleh membeli jentera Svartpilen 250, Svartpilen 401 dan Vitpilen 401.

Seperti yang ada boleh lihat, semua model tersebut tampil dengan rekaan minimalis dan unik untuk membuatkan anda lebih menonjol di atas jalan raya.   

Svartpilen 250, Svartpilen 401 2021

Tampil dengan rekaan sebuah scrambler, motosikal itu dilengkapi enjin bersesaran berbeza. Enjin 250cc selinder tunggal empat lejang dengan kuasa 31hp dan tork 24Nm tidak memerlukan anak menaik taraf lesen kepada B penuh.

Svartpilen 401 menggunakan enjin sama seperti yang ada pada KTM 390 Duke dan RC 390. Enjin bersesaran 373cc itu mampu menjana kuasa sekitar 44hp dan tork 37Nm.

Dipasang pada kerangka jenis trellis, kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Motosikal yang menawarkan posisi tunggangan menegak itu menggunakan khidmat suspensi jenama WP Apex. Fork hadapan 43mm dan WP Apex Monoshock di belakang dengan jarak pergerakan suspensi sejauh 142mm menjanjikan tunggangan yang lebih agresif.

Tugas memberhentikan jentera diserahkan kepada sistem brek ByBre dengan angkup empat piston cakera bersaiz 300mm serta angkup tunggal terapung bersama cakera 230mm. Ia kemudian dibantu oleh sistem brek ABS Bosch 9.1MB.

Pelananya agak tinggi iaitu 835mm. Manakala kapasiti tangki bahan api ialah 9.5 liter.

Berminat? Svartpilen 250 dan Svartpilen 401 boleh anda miliki pada harga bermula RM24,800 hingga RM29,800 seunit.

Vitpilen 401 2021

Jika anda sukakan café racer, Vitpilen 401 mungkin boleh masuk dalam senarai. Model itu menggunakan enjin 373cc berkuasa 44hp, tork 37Nm dan transmisi manual 6 kelajuan yang sama seperti Svartpilen 401.

Dibina di atas kerangka trellis, Vitpilen 401 dipasang dengan suspensi WP Apex. Fork hadapan 43mm boleh dilaras dengan jarak pergerakan suspensi mencecah 142. Roda belakang pula menggunakan khidmat WP Apex Monoshock yang menawarkan pergerakan suspensi 150mm.

Jentera itu menggunakan sistem brek ByBre yang terdiri daripada angkup empat piston cakera bersaiz 300mm serta angkup tunggal terapung bersama cakera 230mm, di samping sistem brek ABS Bosch 9.1MB.

Kapasiti tangki minyak ialah 9.5 liter dan ketinggian pelana sama dengan Svartpilen 401 iaitu sekitar 835mm.

Vitpilen 401 ditawarkan pada harga bermula RM29,800 seunit.

Jika ada yang lebih berminat kepada model enduro, jangan bimbang kerana Husqvarna Malaysia ada jentera menarik untuk anda. Tunggu pilih sahaja.

  • TE250i – RM44,000
  • TE300i – RM48,500
  • TE300i Rockstar Edition – RM57,800
  • FE 250 – RM49,000
  • FE 350 Rockstar Edition – RM58,800
  • Motocross FC 250 – RM42,500
  • Supermoto FS 450 – RM50,000

Dah tau nak beli model yang mana satu? Kunjungi sahaja mana-mana tiga pengedar motosikal Husqvarna di Malaysia seperti berikut:

Wilayah Utara
EL Chong Motor Trading Sdn. Bhd.
Address: 2, Lorong Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya, 14200 Sungai Jawi, Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia.
Contact No.: +6012-583 9699

Wilayah Tengah
Welly World Cycle Sdn. Bhd.
Address: No. 2135, 2136 & 2137, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Contact No.: +6012-519 1200

Wilayah Selatan
Wheel Riders Malaysia Sdn. Bhd.
Address: 5 & 7, Jalan Ekoperniagaan 3, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, Malaysia.
Contact No.: +6013-290 5007 / +6012-795 4046

GALERI

Google ads
Back to top button