Buletin

HONDA JAZZ GEN 4 DIBUKA UNTUK TEMPAHAN DI SINGAPURA. 3 VARIAN, HARGA BERMULA RM291,955

Kah Motor baru-baru ini mengumumkan tempahan Honda Jazz generasi keempat sudah dibuka untuk pelanggan di Singapura.

Ini bermakna Singapura tidak akan melancarkan City Hatchback seperti negara ASEAN lain iaitu Thailanda dan tidak lama lagi, Malaysia.

Jazz akan ditawarkan dalam tiga varian dan harganya adalah seperti berikut:

  • Honda Jazz 1.5 Base – SGD$95,999 (RM291,955)
  • Honda Jazz 1.5 Home – SGD$98,999 (RM301,078)
  • Honda Jazz 1.5 Luxe e:HEV – SGD$100,999 (RM307,161)

Buat pertama kali, Jazz dengan rangkaian kuasa hibrid e:HEV akan ditawarkan buat pengguna di republik itu. Mereka yang berminat boleh melihat secara dekat model kompak tersebut di bilik pameran Kah Motor di Ubi dan Alexandra.

“Gembira untuk saya beritahu bahawa pembeli varian e:HEV akan menikmati rebat sebanyak SGD$15,000 (RM45,600) di bawah skrim Enhanced CES yang diumumkan oleh kerajaan pada 12 November 2020,” kata Pengurus Besar Kah Motor Co, Nicholas Wong.

Berbanding model terdahulu, Jazz serba baharu ini tampil dengan rekaan lebih funky dan comel. Reka bentuk itu nyata menerima maklum balas yang berbeza daripada pengguna di seluruh dunia.

Ini juga menjadi faktor kenapa Honda Malaysia mengambil keputusan untuk tidak menawarkan Jazz baharu. Sebaliknya digantikan dengan model City Hatchback seperti yang telah dilancarkan di pasaran Thailand.

Jazz dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 119bhp dan tork 145Nm. Sementara varian e:HEV dipasang dengan dua motor elektrik yang mampu menjana kuasa mencecah 124bhp dan tork 253Nm

Selain hadir dengan tiga mode pemanduan, Jazz dilengkapi pakej infohibur merangkumi skrin sentuh bersaiz 9 inci bersama ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Fleksibiliti jentera itu ditingkatkan menerusi ruang kabin luas dan tempat duduk Ultra Seats yang boleh dilipat dengan pelbagai konfigurasi. –sgcarmart

GALERI

Google ads
Back to top button