
HYPERCAR GLICKENHAUS’ 004 LULUS UJIAN KEMALANGAN TANPA PERLU GUNA BEG UDARA
Gilckenhaus’ merupakan pengeluar khas kereta hyper untuk perlumbaan sedang berusaha keras bagi menghasilkan sebuah model jalanan yang berasaskan model perlumbaan yang digunakan dalam perlumbaan Le Mans 24 Jam. Untuk tujuan tersebut, model hypercar ini perlu diuji dalam pelbagai ujian kemalangan jalan raya di Amerika
Bagi model 004 yang dibangunkan untuk dijual dan digunakan atas jalan raya, model ini berjaya melepasi ujian perlanggaran sisi pada halaju 52km/jam tanpa memerlukan perlindungan beg udara sisi. Ruang kabin penumpang kekal tidak remuk walaupun diremph dengan troli ujian di bahagian sisi dan patung ujian tidak mengalami sebarang impak
Tambah menarik lagi ialah hypercar Gilckenhaus’ 004 direka dengan 3 penumpang dalam satu baris dengan pemandu berada di bahagian tengah. Kekuatan dan ketegaran cesi ini dicapai dengan penggunaan bahan gentian karbon sebagaimana yang digunakan dalam sukan permotoran disebabkan ia lebih ringan dan kuat.
Terdapat 3 model yang dibangunkan oleh Gilckenhaus’ samaada versi yang sah digunakan atas jalan iaitu 004 dan 004S manakala varian perlumbaan dikenali dengan nama 00CS. Sat lagi varian istimewa iaitu 004C dibangunkan khusus bagi perlumbaan GT3.
Ujian kemalangan yang dibuat adalah khusus bagi model jalanan 004 termasuklah ujian kemalangan dari arah depan dan sisi dimana model 004 ini lulus ujian kemalangan tanpa perlindungan beg udara. Dijangkakan model 004S ini akan dijual dengan harga permulaan 483,000 USD dan 004CS dengan harga 627,000 USD
Hypercar 004 ini akan dikuasakan dengan enjin LT4 6200cc V8 supercaj yang dibekalkan oleh General Motor. Ia berupaya menjana 650 kuasa kuda dan dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan manual. Varian 004CS pula akan menjana 750 kuasa kuda dengan penggunaan transmisi 7 kelajuan sequential yang biasa digunakan dalam perlumbaan



