Buletin

SEGMEN MEWAH BMW BAKAL DISERTAKAN PANEL SOLAR PADA SUNROOF DAN CERMIN DEPAN, BELAKANG

German Patent and Trade Mark Office (DPMA), sedang memperincikan kaedah baharu untuk meletakkan panel solar pada sunroof kenderaan BMW. Teknologi ini mungkin akan diaplikasikan pada salah satu EV mewah BMW seperti BMW XM atau BMW iX SUV pada masa hadapan.

Sebenarnya, panel solar pada kereta bukanlah perkara baharu. Bermula pada tahun 1990-an, banyak pengeluar premium bereksperimen menggunakan panel solar yang biasanya dipasang pada panel sunroof, untuk menghidupkan sistem pengudaraan kereta.

Walau bagaimanapun, paten baharu BMW agak berbeza kerana panel solar baharu ini akan meliputi sunroof, cermin depan dan belakang serta kaca sisi untuk menjana lebih banyak tenaga.

Sama ada ia berjaya dilakukan atau tidak, ia bergantung pada modul suria pemendapan wap yang sangat nipis digunakan terus pada kaca. Meskipun, jangka hayat modul tersebut mampu digunakan dalam jangka panjang namun ia kurang cekap berbanding sel fotovoltaik (PV) dalam menjana elektrik.

Oleh itu, cermin hadapan akan ditutup dengan lapisan modul suria yang sangat nipis untuk memastikan pemandu mampu menerima penularan cahaya sehingga 95 peratus. Ini bermakna, cermin belakang, tingkap sisi dan sunroof akan mendapat lapisan modul solar lebih tebal untuk mengurangkan penularan cahaya sehingga 80 peratus.

Jadi adakah teknik baru ini akan menjadi kejayaan komersial? Mungkin ya atau tidak. Kelemahan pertama ialah kos kerana teknologi baharu tidak datang dengan harga yang murah. Kelemahan kedua ialah terdapat perbezaan antara pasaran dunia kerana setiap negara mempunyai peraturan berlainan mengenai kebolehtransmisian cahaya kaca.

Ini akan membawa kepada banyak pasaran perlu menerima spesifikasi lain bagi ketebalan modul solar selain faktor kos pengeluaran dan kaca ganti akan menjadi lebih mahal.

Tetapi, sekiranya modul suria berjaya dikomersialkan, ia pasti akan digunakan oleh banyak pengeluar kereta dalam memastikan pelanggan mendapat teknologi baharu untuk terus kekal bersaing di pasaran.

Google ads
Back to top button