Artikel Pilihan

RIWAYAT HIDUP – AKU ALPHARD SANG RAJA MPV

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca Mekanika yang budiman. Moga kalian semuanya berada dalam keadaan sihat adanya dan terhindar dariapda sebarang penyakit yang merbahaya di saat ini. Nama ku adalah Alphard. Aku ini merupakan generasi pertama buat Raja MPV di Malaysia. Dan inilah kisah hidup ku sebagai Alphard generasi pertama.

Secara globalnya, aku ini dilahirkan pada bulan Mei tahun 2002 dengan menggunakan kod AH10 sebagai no. kad pengenalan. Sudah tentu aku ini dilahirkan di Jepun. Mesti ada yang berasa pelik, iyalah Jepun kan terkenal dengan rekaan kenderaan yang serba serbi kompak. Tiba – tiba Toyota boleh memperkenalkan aku pula di pasaran.

Ketika itu, sudah tentulah jawapan mudahnya adalah kerana Toyota sememangnya memerlukan sebuah MPV dengan saiz yang sederhana bagi melawan sebuah lagi MPV yang telah wujud semenjak beberapa tahun sebelumnya, Nissan Elgrand. Dan ternyata, kehadiran aku di Jepun di sambut baik oleh semua orang di sana.

Iyalah, dengan saiz yang bersesuaian, aku cukup selesa untuk membawa tujuh penumpang dengan selesa tanpa masalah. Apatah lagi dengan penggunaan pilihan enjin 2.4 liter ataupun 3.0 liter V6. Sudah tentu perjalanan yang ditempuhi cukup selesa dan lancar.

Selang beberapa tahun pelancaran di Jepun, akhirnya aku tiba juga di bumi Malaysia. Ternyata rakyat Malaysia juga menerima kehadiran aku dengan cukup baik sekali. Walaupun ketika itu aku hanya hadir ke Malaysia melalui pengedar persendirian bukannya melalui Toyota secara rasmi. Harga yang ditawarkan juga cukup mahal dikala itu. Maka, sudah tentulah pemilik aku rata – ratanya terdiri daripada golongan bangsawan dan mereka yang bergaji sedap. Yang tak bergaji nak berapa sedap, carilah Toyota Avanza.

Ternyata ketika di Malaysia, saingan utama aku juga datangnya daripada Nissan Elgrand. Tapi semejak kehadiran aku, orang memang tak pandang dah Elgrand ni. Lagi lagi bila kehadiran generasi berikutnya daripada gandingan aku Alphard / Vellfire. Nampaknya status Raja MPV Mahal memang keturunan aku sahajalah yang pegang. Artis, Pelumba Rali, Tokoh Politik sehinggakan Abang Japar pun pernah memiliki aku.

Nah, buat mereka yang inginkan sebuah MPV yang besar dan selesa, harga terpakai untuk generasi pertama kini dah boleh sangat kalau nak beli. Bawah RM50k. Tapi nak bayar cukai jalan mau nangis bucu katil.

BACA : RIWAYAT HIDUP – AKULAH AVANZA SI MPV MAMPU MILIK PERTAMA

BACA : RIWAYAT HIDUP – AKU ADALAH FREED YO

Tags
Google ads
Back to top button