Motosikal

BluSnap – SISTEM PENYEJUKAN TOPI KELEDAR BUATAN INDIA, WAJAH ANDA LEBIH SEGAR SETIAP KALI TURUN DARI MOTOSIKAL

Sebuah firma di India, BluArmor yang merupakan anak syarikat AptEner Mechatronics dilapor bakal melancarkan sistem penyejukan topi keledar yang revolusionari.

Dikenali sebagai BluSnap, sistem tersebut dioperasi menggunakan satu peranti yang dikuasakan oleh bateri dan menyalurkan udara sejuk ke dalam topi keledar anda. 

Sekali pandang, ia mungkin kelihatan besar dan sedikit menggangu aspek aerodinamik. Tetapi apabila dipakai ketika meredah trafik di bandar, penunggang pasti menghari ciri penyejukannya.

Sistem BluSnap dijangka dijual sekitar AS$25 (RM97.50). Ia terdiri daripada satu tangki air, kipas elektrik, seunit radiator kecil dan penapis udara.

Penapis udara itu mempunyai kesan anti bakteria. Sementara bateri mampu bertahan sehingga 10 jam, bergantung kepada keadaan. Pengguna dinasihatkan untuk mengisi tangki air sebelum setiap tunggangan dan mampu bertahan sehingga dua jam. 

Ideanya adalah untuk menggunakan kesan penyejatan air ke atas radiator untuk menghembuskan udara sejuk ke muka anda, sama seperti apa yang berlak apabila tubuh kita berpeluh.

Untuk makluman, penyejatan air merupakan maklum balas endoterma. Maksudnya, proses ini menyerap haba apabila ia terbentuk, sebab itulah kita berpeluh apabila panas – bagi menyejukkan tubuh badan.

Inilah yang akan berlaku pada sistem BluSnap, tetapi ia ditambah dengan kipas untuk menghalakan udara sejuk ke dalam topi keledar. BluArmor menjangkakan BluSnap berupaya menurunkan suhu di antara 6 hingga 15 darjah selsius.

Namun, ia bergantung kepada kemampatan lembapan di dalam udara sekitar anda yang secara semula jadinya akan memberi kesan (secara negatif) ke atas aspek penyejatan dalam suhu berkelembapan tinggi.

Satu siri ujian telah dijalankan pada musim panas di beberapa lokasi berbeza di India. Di  Chennai yang memiliki udara yang lembab misalnya, BluSnap mampu menyediakan aliran udara dengan suhu 31.1 darjah selsius.

Sedangkan suhu di luar adalah 41 darjah selsius. Jika data ini benar, ia sememangnya penurunan suhu yang cukup signifikan.

Masih belum ada maklumat tentang berapa berat alat ini. Ia hadir dalam warna hitam sahaja, tetapi pengguna boleh memilih warna tali yang lebih ranggi. Peranti ini sudah boleh ditempah dan dijangka dihantar kepada pelanggan bermula 15 Mac depan.

Google ads
Back to top button