
HYUNDAI GANTUNG TAJAAN BERSAMA KELAB EPL CHELSEA
Pengeluar kenderaan, Korea Selatan, Hyundai bertindak menggantung penajaan terhadap kelab bola sepak, Chelsea berikutan sekatan dan pembekuan aset dikenakan kerajaan Britain ke atas pemilik The Blues, Roman Abramovich.
Penggantungan kerjasama dilakukan Hyundai bersama kelab ternama Liga Perdana Inggeris itu akan dilaksanakan ke suatu masa yang akan dimaklumkan kelak.
“Hyundai telah menjadi antara satu rakan kongsi berpengaruh dalam bola sepak selama ini dan syarikat sentiasa menyokong sukan ini untuk menjadi instrumen pengukuhan kekuatan penyebaran nilai-nilai kebaikan.
“Melalui perkongsian kami dengan Chelsea FC, kami bangga menjadi penyokong kepada para pemain, peminat dan komuniti bola sepak akar umbi.
“Bagaimanapun, dalam keadaan semasa, syarikat telah mengambil keputusan menggantung aktiviti pemasaran dan komunikasi dengan Chelsea FC sehingga diberitahu suatu masa,” kata kenyataan daripada Hyundai.
Hyundai telah menjadi rakan rasmi automotif global Chelsea sejak tahun 2018. – dailymail
- BACA: HYUNDAI IONIQ 5 RASMI DILANCARKAN. 3 VARIAN, 2 PILIHAN PEK BATERI, TOP SPEED 185KM/J, BERMULA RM199,888
- BACA: HAMPIR 500K PEMILIK HYUNDAI DAN KIA DI AMERIKA DINASIHAT PARKIR DI LUAR RUMAH. TERDEDAH RISIKO TERBAKAR
- BACA: HYUNDAI LANCAR CASPER VERSI VAN DI PASARAN KOREA SELATAN. HARGA BERMULA RM48,122
- BACA: HYUNDAI TUTUP UNIT R&D ENJIN – LAPORAN







