
SUBARU WRX STI SUDAH “MATI”. GENERASI BAHARU MUNGKIN VERSI ELEKTRIK
Subaru dalam satu kenyataan mengejutkan mengesahkan STI tidak akan kembali dengan WRX baharu.
Bahkan, pengeluar kenderaan itu juga agar kabur berhubung masa depan STI dengan menyatakan bahawa Subaru Corporation sedang meneroka peluang untuk Subaru WRX STI generasi akan datang termasuk elektrifikasi.
Kenyataan tersebut memaklumkan STI generasi akan datang dengan enjin pembakaran dalaman tidak akan dihasilkan berdasarkan platform WRX baharu.

Menurut laporan Motor1, ia sudah tentu agak mengejutkan berikutan pada Januari lalu, Subaru mendedahkan jentera konsep S4 STI Performance di Tokyo Auto Salon.
Melalui kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan berhubung Subaru STI, ia banyak menekankan tentang elektrifikasi dan memenuhi keperluan pasaran yang berubah-ubah.

Apa pun makna tersirat yang cuba disampaikan melalui kenyataan tersebut, secara realiti WRX STI sudah mati.
Versi pertama diperkenalkan pada tahun 1994 yang mendapat khidmat enjin 247 hp sehingga menempa nama dalam pentas World Rally Championship (WRC).

Adakah WRX STI akan dihidupkan semula dengan dijana kuasa elektrik dalam pakej generasi akan datang? – motor1