Buletin

VIDEO LELAKI PANDU KERETA MAINAN MERAH JAMBU TULAR DI CHINA

Seorang lelaki di China memandu yang memandu go-kart plastik berwarna merah jambu di jalan raya menghiburkan orang ramai di China yang tersenyum melihat perangai kebudak-budakannya.

Dalam video yang tular itu, lelaki pertengahan umur berkenaan dilihat memberi tumpuan kepada pemanduannya. Tetapi tindakannya itu jelas berbahaya kerana memandu di sebelah sedan bersaiz penuh.

Menurut video yang disiarkan di Douyin, TikTok China pada 5 Ogos lalu, lelaki dari Tianjin itu memandu kereta mainan merah jambu tersebut dengan perlahan di jalan raya. Ini membuatkan pemandu lain terpaksa mengambil lencongan atau ke tepi, manakala pejalan kaki berhenti untuk memberi laluan kepadanya.

Menurut saksi bernama Xu, lelaki itu memandu sejauh sekurang-kurangnya satu kilometer tanpa memakai topi keledar.

“Dia bernasib baik kerana tiada polis trafik berdekatan. Jika tidak, keretanya akan disita,” kata Xu.

Kereta itu kelihatan seperti go-kart yang dilengkapi dengan cengkerang plastik merah jambu. Pada bahagian belakang pula ada satu pemegang berwarna biru untuk kanak-kanak kecil menolaknya.

Netizan nyata terhibur dengan gelagat lelaki seperti kanak-kanak itu, dengan ramai yang bergurau ingin memiliki kereta tersebut.

“Datuk itu pasti menyelinap keluar untuk membawanya memandu dan berseronok semasa cucunya sedang tidur,” tulis seorang netizen.

Seorang lagi bertanya: “Serius, bolehkah saya memandu kereta ini di jalan raya jika saya mempunyai lesen memandu?”

Walau bagaimanapun, sesetengah orang bimbang tentang bahaya yang dihadapi oleh lelaki ini. “Dia dengan mudah boleh terlibat dalam kemalangan jika ada pemandu yang cuai,” katanya.

Agak menghairankan, ini bukan kali pertama seseorang memandu kereta mainan di jalan raya di China.

Pada 2020, seorang datuk berusia 70-an dari Chongqing di barat daya China menunggang motosikal mini mainan untuk kanak-kanak di tengah-tengah kesesakan lalu lintas. Dia dihalang oleh pegawai trafik yang memaklumkan bahawa memandu kenderaan sedemikian di jalan raya adalah haram sebelum motosikal mainan itu dirampas.

Google ads
Back to top button