Buletin

HYUNDAI YEAR END BONANZA – INILAH MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MEMBELI SEBUAH HYUNDAI

Banyak perkara yang mesti dipertimbangkan sebelum membeli kereta baharu antaranya tentulah pilihan aksesori ataupun kemasan yang ditawarkan.

Harga yang ditawarkan pula biasanya tidak termasuk harga aksesori tambahan yang mencecah ribuan ringgit.

Tetapi bagi anda yang mencari-cari kereta baharu hujung tahun ini, jangan bimbang kerana Hyundai kini menawarkan Hyundai Year End Bonanza dengan rebet tunai dan aksesori yang bernilai hampir RM15,000!

Jika tidak berminat dengan rebet tunai ataupun aksesori, anda juga diberi pilihan untuk memiliki sebuah model Hyundai dengan harga yang lebih berbaloi. 

Hyundai Elantra

Antara model yang bakal menjadi pilihan ramai khususnya golongan muda ialah Hyundai Elantra baharu yang turut ditawarkan dengan rebet tunai dan aksesori bernilai RM15,000.

Selain itu, ia mempunyai rekaan lampu nyalaan siang (DRL) yang bergaya dan sangat sporty. Sedan itu juga dilengkapi sistem audio lengkap dengan skrin sentuh bersaiz 7 inci, serta mempunyai fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

Terdapat juga empat pilihan mod pemanduan berbeza untuk disesuaikan dengan semua keadaan jalan raya.    

Hyundai Tucson

SUV merupakan antara segmen kegemaran dan menjadi pilihan kebanyakan pelanggan. Jika anda mahukan sebuah SUV daripada Hyundai, Tucson merupakan pilihan yang baik.

Sebagai bonus, ia kini ditawarkan dengan rebet tunai dan aksesori bernilai RM14,000.

Prestasinya juga terjamin dengan penggunaan enjin 1.6L Turbo GDI yang menawarkan penjimatan bahan api. SUV itu dipasang dengan Smart Power Tailgate System untuk kemudahan memasuk dan mengeluarkan barangan.

Hyundai IONIQ

Sudah tentu barisan model-model baharu tidak akan lengkap tanpa model berkuasa hibrid. IONIQ merupakan antara nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

IONIQ ialah sebuah kenderaan hibrid cekap bahan api dengan jarak pemanduan 900-1000 kilometer dengan setangki penuh.

Kini lebih menarik lagi, moel hibrid tersebut ditawarkan dengan rebat tunai dan aksesori bernilai RM10,000. Selain dilengkapi pelbagai ciri keselamatan Hyundai SmartSense yang termaju.

Satu lagi ciri unik pada model ini ialah sistem pengecas telefon tanpa wayar yang ada padanya. Jadi lepas ni tak payah lagilah memandu dengan wayar pengecas berselirat di depan muka.

Santa Fe

Jika anda mempunyai keluarga yang besar dan memerlukan sebuah SUV premium dengan 7-tempat duduk, Santa Fe ialah tawaran yang tidak wajar dilepaskan.

Ia dilengkapi dengan Smart Power Tailgate System, pengecas telefon tanpa wayar dan Blind Spot Detection (varian premium sahaja). Sebagai bonus hujung tahun, ia kini ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM8,000!

Bukan itu saja, semua model Hyundai dihasil menggunakan Advance High Strength Steel yang dihasilkan kilang logam milik Hyundai sendiri. Material itu menjadikan kereta-kereta keluaran mereka lebih ringan dan kukuh.

Ia sebagai jaminan kesematan keoada pemandu dan penumpang. Bukan semua syarikat pengeluar kereta mempunyai kilang logam mereka sendiri okey. 

Tags
Google ads
Back to top button