HONDA X CONVERSE TAWAR KASUT EDISI KHAS DI JEPUN, HARGA RM456 – SMART BOH!
Honda menyambut ulang tahun ke-75 dengan cara sedikit berbeza apabila menjalin kerjasama dengan pengeluar kasut Converse bagi menghasilkan kasut edisi khas untuk peminatnya di Jepun.
Terdapat dua kasut diperkenalkan hasil kolaborasi tersebut iaitu Honda RS Hi dan WP Hi Trico dan diberi tanda harga RM456.
Hasil rekaan, Honda RS Hi tampil dengan rekaan logo tampalan di bahagian sisi selain, disertakan bersama beberapa logo Honda yang lain. Secara keseluruhannya, Honda RS Hi diberikan sentuhan klasik.
Bagi WP Hi Trico pula, ia hadir dengan estetika moden yang diilhamkan daripada jaket serta topi kru dan pelumba Honda termasuk warnanya, diinspirasikan daripada Honda CB750 four.
Dari imej disiarkan oleh Visordown, jelas kelihatan logo Honda bersaiz besar diletakkan pada sisi luar bersama lencana sayap Honda dengan padanan warna putih serta merah.
Seperti dinyatakan di atas, kasut edisi khas ini hanya tersedia untuk pasaran Jepun sahaja dan boleh dimiliki pada harga RM456.
- BACA: ONITSUKA TIGER REKA KASUT 500 SERIES SHINKANSEN – HARGA BERMULA RM1.4K
- BACA: NISSAN X NEW BALANCE – HASILKAN NISSAN KICKS 327 EDITION, NAMPAK MACAM KASUT GERGASI!
- BACA: ASICS HASILKAN KASUT SUKAN DARI BEG UDARA KITAR SEMULA – BIJAK SUNGGUH
- BACA: KASUT RODA ELEKTRIK – MAMPU CAPAI 25KM/J, 20KM SEKALI CAJ, BERMULA RM2,580