
iCAUR V23 RAIH 5-BINTANG ASEAN NCAP
iCAUR Malaysia hari ini mengumumkan kejayaan iCAUR V23 meraih penarafan penuh 5-bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP), dengan markah keseluruhan 91.02.
Pencapaian ini menegaskan prestasi keselamatan cemerlang iCAUR V23, yang menekankan keseimbangan antara teknologi terkini dan semangat “Born to Play” untuk pengalaman pemanduan menyeronokkan serta selamat.
iCAUR V23 dinilai mengikut protokol ASEAN NCAP 2021–2025, dengan pencapaian 39.71 mata bagi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), 16.67 mata untuk Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), 17.14 mata bagi Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan 17.50 mata bagi Keselamatan Penunggang Motosikal (MS).
SUV elektrik lasak ini menonjol dengan struktur asas kukuh, dibina daripada 70 peratus keluli berkuat tinggi seperti sangkar, serta sistem pengurusan bateri (BMS) yang menjaga keselamatan voltan tinggi dan kawalan suhu.

Ciri-ciri ini menjadikan iCAUR V23 selamat untuk penggunaan harian mahupun pemanduan lasak.
Selain itu, iCAUR V23 dilengkapi enam beg udara dan Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) Aras 2 sebagai standard untuk versi 2WD dan iWD.
Radar gelombang milimeter turut dipasang untuk meningkatkan ketepatan pengesanan dalam pelbagai keadaan pemanduan.
Ciri ADAS standard termasuk:
- Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
- Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
- Kekalkan Lorong Kecemasan (ELK)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Pengesanan Titik Buta (BSD) dan lain-lain.
Prestasi cemerlang ini menegaskan pendekatan menyeluruh iCAUR terhadap keselamatan, memberi ketenangan fikiran tambahan kepada pemandu dan penumpang.

Promosi Akhir Tahun: “Super Charged-Up Booster”
Seiring sambutan Krismas dan hujung tahun, iCAUR Malaysia menawarkan promosi “Super Charged-Up Booster” sehingga 28 Disember 2025.
Pembeli iCAUR V23 berpeluang menikmati pengecasan EV percuma selama setahun melalui JomCharge, menambah pengalaman pemilikan kenderaan elektrik yang lebih mudah dan praktikal.
Harga iCAUR V23 ditawarkan pada RM119,800 (2WD) dan RM132,800 (iWD).









