Buletin

ICQS PERLIS, KEDAH DIBUKA. KENDERAAN PERDAGANGAN KOMERSIAL DAN KARGO SAJA

Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis dan Durian Burung, Kedah, dibuka untuk laluan kenderaan perdagangan komersial serta kargo sahaja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan untuk membuka kompleks di dua lokasi berkenaan dibuat menerusi Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Agensi yang terbabit sudah dimaklumkan mengenai keputusan ini untuk tindakan seterusnya.

“Mesyuarat khas juga bersetuju, rakyat Malaysia yang berada di Singapura dan berhasrat untuk pulang ke Malaysia, mereka tidak perlu lagi memohon permit MyPass dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Google ads
Back to top button