;
Iklan Pilihan

#IKLANPILIHAN: YAMAHA RX-Z NOS RM79K! TERMAHAL SETAKAT NI!

Yamaha RX-Z adalah fenomena paling gila jika anda lihat dari sudut koleksi dan juga jualan semula. Pada hari ini, ia dinilai dari sudut originaliti sampaikan kalau boleh, angin tayar pun nak original dari Hong Leong Yamaha.

Zaman Abang Japar main RX-Z dulu tak peduli pun semua benda ni. Suka hati mak kau lah nak pakai tank Jaguh ke sekalipun tak ada sapa nak peduli lah. Stiker motor pun kadang-kadang kami cabut ganti dengan stiker granprix.

Tapi itu dulu lah. Sekarang ni kalau skru tak ori pun kau akan disisihkan dari masyarakat mengalahkan bekas banduan perogol bersiri.

Sebenarnya, berbelah bagi juga kami nak kongsikan iklan ni tapi memandangkan ia sebuah motosikal RX-Z dengan harga luarbiasa mahalnya dan dikatakan motosikal terakhir di bumi yang belum didaftarkan, nah terimalah, kot kot ada yang berminat dan terlebih duit jual tanah kelmarin.

…………………………………………………..

Bismillah

Sebuah RXZ NOS unregister untuk dijual kepada owner baru. Harga Rm79k sahaja. Belum pernah start dan jalan lagi. Ni last moto rxz unregister . 

Yang berminat boleh pm admin.

…………………………………………………

Tags
Google ads
Back to top button