
INI 10 TIPS BAGAIMANA CARA UNTUK BERJIMAT DI PUSAT SERVIS
Beberapa hari kebelakangan ini, kita dihadapkan dengan isu mengenai pertikaian kos servis kenderaan, antara Perodua dan Proton. Proton telah menyenaraikan kos servis Persona 32% lebih murah daripada Bezza dan Perodua pantas bertindak membetulkan kenyataan tersebut.
Menurut Perodua, ketidaktepatan dalam perbezaan kos adalah kerana perbandingan yang dilakukan tidak setaraf yang mana kos penyelenggaraan Proton Persona dikira seperti yang dijadualkan di dalam buku servis atau manual pemilik.
Manakala bagi Perodua Bezza, pengiraan adalah berdasarkan kos Penyelenggaraan Pencegahan (pilihan) dan bukannya kos mengikut jadual seperti yang dicadangkan di dalam buku servis kenderaan tersebut.
Perbezaan kos penyelenggaraan Perodua Bezza pada tahun ke-5 hanya RM44 atau 1.4 peratus dan bukan 32 peratus seperti yang dilaporkan.
Perbezaan ini adalah kerana kos premium pelincir gred 0W-20 untuk Bezza dibandingkan dengan 10W-30 untuk Proton Persona.
Di samping itu, Perodua Bezza menggunakan palam pencucuh Iridium untuk kecekapan bahan api dan prestasi enjin yang lebih lancar.
Namun, ada sesuatu yang menjadi realiti apabila berada di pusat servis, pengguna selalunya “dinasihatkan” dengan item-item yang tak perlu pun.
BAGAIMANA NAK BERJIMAT?
Apabila kita menghantar kereta ke pusat servis, salah satu tujuan utama ialah untuk memastikan kenderaan diservis dengan baik secara berjadual dan jaminan pengilang terpelihara.
Namun kadangkala sakit hati apabila beberapa item tidak kritikal ditambah. Benda ini biasa terjadi pada kawan kawan saya yang berlatarbelakangkan bukan teknikal.
Ada beberapa tip yang saya amalkan selain membelasah nasi lemak beserta kopi di pusat servis untuk berjimat.
1. Sentiasa servis kereta mengikut masa/jadual, samaada mengikut kilometer atau bulan atau mana mana yang terdahulu. Sekiranya servis berkala pada setiap 10,000km maka jangan lambatkan service.
Kalau servis melebihi masa yang ditetapkan, lama kelamaan kemungkinan akan wujud secondary defect yang akan berlaku seperti kehausan enjin dan carbon build up.

2. Apabila servis bukan di awal waktu, atau mengikut jadual yang ditetapkan, maka terdapat kebarangkalian untuk pusat serivs menambah aksesori lain seperti engine flush treatment.
Biasanya produk ini ditawarkan kepada pelanggan yang selalu menyelenggara melebihi kilometer yang ditetapkan. Produk ini digunakan untuk membuang carbon deposit yang terbentuk apabila penukaran minyak enjin tidak mengikut jadual yang ditetapkan.
Saya akan tolak engine flush treatment sekiranya kereta saya mengikut jadual yang ditetapkan. Untuk tambahan maklumat, penggunaan engine flush yang bersifat menghakis sebenarnya akan memberi kesan pada enjin untuk jangka masa panjang.

3. Battery terminal protector biasanya perlu ditukar setiap kali penukaran bateri baru dibuat, BUKAN setiap kali servis rutin. Walaupun kosnya murah dalam RM4, kalau sepuluh kali service boleh jadi rm 40.
Kalau bateri baru, saya akan request untuk pasang.

4. Cabin filter boleh dicuci sendiri sekiranya rajin. Anggaran kos yang dapat dijimatkan antara RM30 – RM90 bergantung pada jenama kereta. Tapi kalau dah hitam macam penapis asap diesel, saya sarankan untuk tukar.

5. Pencuci cermin kereta antara barang aksesori yang saya akan tolak dan saya buat sendiri di rumah.
Biasanya saya gantikan dengan gel pencuci pinggan jenama Joy, bukan Joy nama orang mahupun coklat Tapi untuk Hilux saya, pencuci inisangat bagus. Terus cermin saya bersinar seperti cermin ajaib.

6. Injector cleaner saya akan letak sekiranya saya rasa prestasi enjin seperti kadar pecutan kurang memuaskan, enjin terasa kasar, penggunaan petrol yang tinggi dan kurang power, baru saya akan request injector cleaner untuk cuci injector fuel line.
Fungsi cleaner ini ialah untuk mencuci penyuntik bahanapi, combustion chamber, valve dan spark plugs. Kalau masih OK, saya tak akan buat. Kos jimat dalam RM30-RM50 bergantung pada jenama kenderaan.
7. Tayar yang dijual di pusat servis bagi saya adalah mahal antara 30-40% berbanding di luar. Kalau dah nak sampai end of shelf life, baru tayar tersebut dijual murah murah.
Biasanya tayar saya akan beli di kedai tayar luar.

8. Kumpul baki lebihan minyak enjin dan bawa pulang ke rumah. Baki minyak enjin akan disimpan di dalam stor dan dikumpulkan sehingga penuh satu botol. Bila penuh, saya gunakan kembali minyak baki tersebut.

9. Sekiranya enjin ada berfungsi dengan baik menggunakan spark plug biasa dan ditukar setiap 20-30k kilometer, saya berpendapat tidak perlu menukar ke spark plug premium melainkan anda bercadang untuk masuk ke litar perlumbaan.
Spark plug premium ini bagi saya mahal, dan kelebihan yang ditawarkan adalah sangat minima. Feel good effect sahaja. Kalau spark plug ini sangat bagus, kenapa tidak dipasang awal awal lagi sewaktu dalam kilang?

10. Perangkap magnet untuk penapis minyak enjin adalah magnet yang dipasang pada penapis minyak enjin bertujuan memerangkap habuk besi. Pengalaman saya dengan kereta Hyundai dulu, memang ada magnet ini dipasang tapi di dalam takung minyak gearbox.
Persoalan saya ialah, adakah pengeluar tidak yakin dengan keupayaan penapis minyak enjin buatan sendiri sehingga terpaksa menggunakan bantuan magnet?
Saya masih menggunakan kereta dengan jarak perbatuan melebihi 200,000 km tanpa memasang magnet ini.
Masih lagi ok. Terpulang kepada pemilik kenderaan untuk membuat penilaian.
- BACA: FAKTA PENJAGAAN LAMBORGHINI GALLARDO
- BACA: FAKTA PENJAGAAN VW SCIROCCO
- BACA: FAKTA PENJAGAAN NISSAN GT-R
- BACA; FAKTA PENJAGAAN BMW F30 3 SERIES
- BACA: KENALI VTEC, iVTEC & VTEC TURBO
- BACA: SR16, JAWAPAN NISSAN KEPADA VTEC TYPE-R
- BACA: ENJIN SOHC & DOCH, MANA LEBIH BAGUS?
- BACA: VVT-iW, ENJIN GENIUS DARI TOYOTA
- BACA: 5 PETANDA ALTERNATOR HAMPIR ROSAK
- BACA: 6 TANDA SPARK PLUG PERLU DIGANTI
- BACA: PENYUNTIK BAHANAPI BESAR LAGI POWER?
- BACA: RAHSIA TENTANG MINYAK BREK (BRAKE FLUID)
- BACA: SEGALANYA TENTANG BREK ROTOR/DISC
- BACA: SEGALANYA TENTANG CALIPER BREK