Artikel Pilihan

INI ENJIN PALING PELIK DARI SUBARU

Selain terkenal dengan teknologi sistem pacuan semua roda bagi kereta sedan dan SUV, Subaru juga terkenal dengan enjin 4 silinder Boxer yang menggunakan bahan api petrol. Dengan menggunakan kod enjin EJ dan FA, enjin ini merupakan antara enjin Boxer yang terkenal dan dihasilkan secara besar-besaran.

Namun di sebalik kemegahan enjin Boxer tersebut, Subaru pernah menghasilkan satu lagi enjin Boxer 4 silinder yang unik dikuasakan dengan bahan api diesel dengan menggunakan kod EE20. Namun ada cerita menarik berkenaan dengan enjin ini

Subaru mula tergoda untuk menghasilkan enjin diesel selepas melihat kejayaan pengeluar kereta yang lain terutama daripada Eropah seperti Volkswagen, Audi dan Mercedes yang menghasilkan enjin diesel “hijau” yang cekap tenaga

Walaupun pada awal teruk 1990an kereta diesel hanya merangkumi 10% jualan, namun angka ini meningkat dengan drastik sehingga mencecah 60% daripada jumlah keseluruhan jualan kenderaan baru di benua Eropah sekitar 2000an.

Sudah tentu Subaru akan berusaha untuk “mencilok” sedikit angka jualan bagi produk Subaru. Selepas beberapa tahun dalam proses pembangunan dan pengumpulan data dengan enjin yang dihasilkan di Eropah, Subaru mendedahkan enjin EE20 ini di Geneva AutoShow 2007

Enjin 1998cc 4 silinder turbodiesel Boxer ini beruapay menjana sekitar 150 kuasa dan 350Nm tork seawal 1800 RPM. Nisbah mampatan pula dinaikkan kepada 16.3:1 manakal sistem suntikan bahan api tekanan tinggi 180 MPa dihasilkan oleh Denso.

Komponen turbo variable geometri pula dihasilkan oleh IHI dipasang dengan dengan perongga ekzos bagi mengurangkan masalah turbolag. Bagi enjin yang dipasang pada Subaru Legacy, penjimatan bahan api yang dicapai adalah 20% lebih baik berbanding petrol pada 5.6l per 100km dan pelepasan gas CO2 menurun dari 202 ke 148g/km

Namun pelancaran sebenar enjin ini berlaku pada Geneva Auto Show 2008 dengan sasaran untuk melepasi piawaian asap Euro4. Semua ini dilakukan dengan bantuan sistem pemangkin asap, penapis jelaga asap (DPF) dan juga sistem EGR sejukan air.

Ketika diperkenalkan, enjin ini ditawarkan pada Subaru Legacy (sedan dan Wagon) yang turut sama ditawarkan dengan transmisi manual. Malah sistem klac dan flywheel serta pengimbang enjin pada aci engkol diperkenalkan bagi mengurang gegaran enjin

Bagi model Subaru Forestes, kuasa enjin dikurangkan kepada 145hp untuk memenuhi tuntutan regulasi asap. Pada tahun 2010, enjin EE20 turut ditawarkan pada Subaru XV dan Outback serta Forester bersama-sama pilihan transmisi CVT

Subaru turut bereksperimen dengan model Subaru Viziv hybrid 3 motor elektrik yang digabungkan dengan enjin EE20

Namun dengan peraturan pelepasan asap yang menjadi semakin ketat, pada tahun 2016 Subaru memutuskan untuk menghentikan sebarang projek pembangunan berkaitan dengan enjin turbodiesel Boxer, dengan unit terakhir enjin dihasilkan pada akhir tahun 2020

Secara purata sejak diperkenalkan pada tahun 2008, Subaru berjaya menjual sekitar 15,000 unit enjin yang dihasilkan di Jepun ini di seluruh dunia. Ia merupakan angka yang agak kecil dengan nilai pelaburan yang dikeluarkan

Semua keuntungan daripada julan digunakan untuk pembangunan model PHEV dan juga kereta elektrik Subaru bagi memenuhi permintaan terhadap EV. Sepanjang pengenalan enjin EE20, antara masalah yang dikesan termasuklah masalah rekahan yang timbul pada blok enjin dan aci engkol

Pelanggan juga melaporkan masalah lain seperti bunyi bising daripada enjin, kehilangan kuasa enjin selepas mencapai jarak perbatuan tinggi, penukaran gear yang kasar, klac lemah, palam pencucuh bermasalah dan kebocoran pada sistem turbo

Google ads
Back to top button