
INI HONDA NSX GT3 YANG BOLEH DIBELI UNTUK PERLUMBAAN – DARI RM 2.3 JUTA
Kebiasaannya dalam perlumbaan kereta super, kita akan dijamukan dengan jentera perlumbaan yang siap ‘ditogelkan’ dan dihiasi oleh palang-palang kerangka keselamatan.
Mungkin timbul satu persoalan, adakah pemilik Ferrari, Lamborghini atau Porsche ini membeli siap dari bilik pameran dan menukarnya kepada versi perlumbaan?
Jawapannya ialah mungkin tidak kerana kebiasaannya pengeluar kereta super mempunyai program perlumbaan pelanggan (customer racing programme) di mana mereka menyediakan kereta yang sudah disiapkan untuk dilanyak di litar serata dunia.
Ini pula program perlumbaan pelanggan dari Honda untuk pemilik dan pasukan lumba yang berminat.
Pengeluar dari Jepun itu dengan kerjasama JAS Motorsport dari Itali, Honda Performance Development (HPD) dan Mugen akan menawarkan NSX GT3 untuk musim perlumbaan 2018.

Honda NSX GT3 bukan calang-calang kereta di mana ia telah memenangi perlumbaan IMSA WeatherTech SportsCar Championship Amerika Utara dan selain itu memenuhi spesifikasi lebih dari 24 acara perlumbaan yang diiktiraf FIA.
Senarai di bawah ialah di antara acara perlumbaan yang boleh disertai oleh Honda NSX GT3:
- Blancpain GT Series, Nurburgring 24 Hour race di Eropah
- Pirelli World Challenge dan IMSA SportsCar series di Amerika Utara
- The Blancpain GT Asia Series dan GT Asia championship
- Super GT GT300 di Japan
- Australian GT Championship
- Intercontinental GT Challenge
Tempahan dan khidmat sokongan pelanggan untuk kereta ini pula dibahagikan seperti berikut:
- Eropah, Asia dan Amerika Selatan – JAS Motorsport
- Amerika Utara – HPD
- Jepun – Mugen
NSX GT3 direka oleh Honda R&D di Jepun dengan kerjasama JAS Motorsport di Milan, Itali. Pembangunan kereta ini pula telah dibuat secara bersama lebih dari tiga tahun lalu termasuk dengan HPD sejak penghujung 2015 dan telah menjalani lebih dari 85,000 km perlumbaan dan ujian perbatuan.
Untuk permulaan, sebanyak 12 buah kereta akan dibina terlebih dahulu sebagai persediaan musim perlumbaan 2018.

Enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar versi perlumbaan ini dibina secara bersama dengan versi produksi di kilang enjin Honda di Ohio, AS. Spesifikasi binaan enjin ini turut sama seperti model produksi NSX iaitu blok, head, valve train, omboh, aci engkol dan sistem lubrikasi takungan kering. Enjin itu dipadankan bersama transmisi enam kelajuan sequential untuk memacu roda belakang.
Honda NSX GT3 yang siap untuk dilumbakan ini boleh dimiliki dari EURO 465,000 bersamaan RM 2,331,172.13. Pelanggan turut diberi alternatif untuk membuat pesanan lain seperti khidmat sokongan pelanggan, alat ganti dan servis latihan dan kejuruteraan.

NSX GT3 diibaratkan sebagai penyambung legasi NSX generasi pertama dalam sukan perlumbaan yang memenangi acara Le Mans 24 Jam (GT2) pada tahun 195 dan tiga kali kejuaraan dalam Super GT (termasuk Kejuaraan All Japan GT) di antara tahun 2000 dan 2009.
BACA: HONDA NSX -BAGAIMANA IA BERMULA? APAKAH MAKSUD ASAL N.S.X?
BACA: HONDA NSX 2017 YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DILELONG DI CALIFORNIA
Spesifikasi Technical Honda NSX GT3
| Enjin | |
| Jenis | Turbo berkembar DOHC V6/75° |
| Bentangan | Longitudinal/mid-mounted |
| Bore x stroke | 91 x 90 mm |
| Sesaran | 3501 cc |
| Kuasa/tork | Mengikut peraturan FIA/Perlumbaan (BOP) |
| Binaan | Blok dan head aloi ringan |
| Omboh | Cast aluminum |
| Valvetrain | 24 valve, IN/EX VTC, chain driven camshaft |
| Suntikan bahan api | Direct dan port injection |
| Lubrikasi | Sistem takungan kering |
| Kawalan pedal | Drive-by-Wire |
| Kawalan wastegate | Elektrikal |
| Pengecas turbo | 2 Off – Mono Scroll |
| Ekzos | Paip berkembar dengan CAT converter |
| Dimensi | |
| Jarak roda | 2630 mm |
| Panjang keseluruhan | 4612 mm |
| Lebar keseluruhan | 2040 mm |
| Trek depan | 1715 mm |
| Trek belakang | 1687 mm |
| Berat | 1240 Kg |
| Casis | |
| Aluminium alloy extruded profiles / cast nodes | |
| Struktur bumbung dari besi | |
| Rangka keselematan kimpalan TIG dengan 25CrMo – diketatkan (bolt) kepada casis | |
| Transmisi | |
| Kotak gear | XTRAC semi-auto enam kelajuan sequential |
| Klac | ZF/SACHS high performance sintered atau klac karbon (opsyen endurance) |
| Operasi klac | Bantuan elektrikal |
| Driveline | PANKL double tripod system |
| Brek | Cakera BREMBO 390×34 depan / 355×32 belakang
BREMBO enam omboh depan / Empat omboh belakang |
| ABS | BOSCH M4 |
| Suspensi | |
| Suspensi | Depan: Double wishbone
Belakang: Multilink |
| Penyerap hentak | SACHS boleh laras lima arah |
| Sway bar | FR/RR dengan bilah boleh laras |
| Roda | |
| Depan: 12”x18” forged aluminum | |
| Belakang: 13”x18” forged aluminum | |




















