Buletin

PRA-TONTON TOYOTA C-HR BERMULA BULAN DEPAN

Toyota C-HR belum pun dirasmikan tetapi gambarnya telah menular di media sosial. Ia ibarat model yang ditunggu-tunggu. Mengambil respon yang diterima dan tidak mahu kehangatan itu reda, UMW Toyota Motor akan mula mempamerkan SUV kompak itu di beberapa pusat pengedar dan lokasi terpilih bermula Ogos ini.

Toyota C-HR sebenarnya sudah di bawa ke dalam negara apabila ia dipertontonkan di acara MAA – Carlist.my Test Drive & Buy pada Mei lalu di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor.

Malah lebih hangat apabila UMW Toyota Motor sudah pun mula membuka pendaftaran untuk mereka yang berminat terhadap model ini di laman web Toyota beberapa hari lepas.

Toyota C-HR dikuasakan oleh enjin 1.8 liter Dual VVT-i dengan transmisi CVT dan pedal sequential. Ia dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan di antaranya Rear Cross Traffic Alert (RCTA) selain beberapa fungsi kemudah seperti lampu utama follow-me-home dan interior yang tampil mewah.

Kepada mereka yang mahu melihat lebih dekat, di bawah ialah senarai lokasi pra-tonton Toyota C-HR:

  • 12 dan 13 Ogos – Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
  • 16 hingga 22 Ogos – Toyota Subang Jaya
  • 23 hingga 27 Ogos – Mid Valley
  • 4 hingga 10 September – Sunway
  • Serta beberapa lokasi terpilih

Lagi bacaan menarik tentang Toyota C-HR:

TOYOTA C-HR MASUK PASARAN MALAYSIA 2018, HARGA DI ANTARA HR-V DAN CX-3

TOYOTA C-HR MODELLISTA, SENTUHAN AERODINAMIK KELAS TINGGI

Google ads
Back to top button