Buletin

MICHELIN LANCAR TAYAR UHP PILOT SPORT4 S DI LITAR ANTARABANGSA SENTUL, INDONESIA

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Saya sekarang berada di Litar Antarabangsa Sentul di Bogor, Indonesia untuk menghadiri majlis pelancaran tayar terbaharu Michelin, Pilot Sport4 S.

Dikelaskan sebagai tayar prestasi ultra tinggi (UHP), Pilot Sport4 S direka untuk memberikan keupayaan serta keseronokan maksimum buat pemandu kereta sports dan sedan premium.

Seperti dijangka, tayar ini dibina menggunakan teknologi terkini untuk menambah baik aspek prestasi dan pengendalian terbaik dalam kelasnya.

Untuk makluman, tayar Pilot Sport4 S turut dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia pada hari ini. Ia bakal menggantikan tayar MICHELIN Pilot Super Sport yang ditawarkan sebelum ini.

Tayar ini juga menjadi tambahan tarbaharu dalam keluarga tayar Michelin Pilot Sport yang direka untuk di atas jalan dan litar. Pilot Sport4 S diimport sepenuhnya dari Perancis dan Amerika Syarikat.

Pengarah Serantau Michelin untuk Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei, Pascal Nouvellon memberitahu, berbanding MICHELIN Pilot Super Sport, tayar baharu ini memberikan cengkaman lebih baik di atas permukaan jalan kering dan basah, selain mampu bertahan lebih lama.

“Michelin terlibat dalam banyak pertandingan sukan permotoran di seluruh dunia. Kami menggunakan persekitaran kompetitif tersebut sebagai makmal untuk membangunkan teknologi tayar masa depan. Ia kemudian digunakan bagi menghasilkan tayar produksi.

“Data ujian yang dikumpul ke atas teknologi tayar dan formula getah baru sewaktu perlumbaan itu membolehkan pasukan jurutera Michelin terus menambah baik prestasi tayar,” kata Nouvellon.

Antara kriteria penting Michelin Pilot Sport4 S ialah:

  • Tahap maklum balas yang tinggi – corak bunga ultra reaktif mampu mengadaptasi cengkaman jalan raya secara konsisten.
  • Kawalan stereng yang cemerlang – Teknologi Dynamic Response memastikan transisi optimum maklum balas stereng melalui satu tali sawat hybrid aramid dan nilon.
  • Cengkaman jalan kering luar biasa dan prestasi membrek di atas jalan basah yang lebih baik – teknologi bi-compound menggunakan elastomer (serat-serat kenyal yang kembali ke bentuk asal selepas diregangkan) pada bahagian luar tayar untuk cengkaman kering lebih baik. Manakala gabungan kompaun baru elastomer dan silika pada bahagian dalaman tayar pula menjanjikan cengkaman pada permukaan basah dan brek yang lebih meyakinkan.
  • Kemasan premium – kemasan seperti baldu menghasilkan pelbagai kontras berwarna hitam yang lebih cantik pada dinding luar tayar.
  • Deep Rim Protector – memberi perlindungan kepada semua jenis rim.

 

Dengan harga bermula RM1,100 seunit, tayar ini hadir dalam saiz 19 inci ke atas. Ia sudah boleh didapati di semua cawangan TYREPLUS dan MICHELIN di seluruh negara.

BACA: TAYAR KERETA ANDA BUKANNYA PISANG – MICHELIN

Tags
Google ads
Back to top button
Close