Buletin

INILAH KIA SONET SEBENAR, DARI INDIA KE DUNIA!

Setelah dua kali menyiarkan gambar selingan, Kia Motors akhirnya mendedahkan gambar sebenar Kia Sonet. Ini adalah model pertama Kia di dalam segmen SUV kompak dengan saiz pasaran semakin membesar.

Sonet dikeluarkan di kilang milik Kia yang canggih di Anantapur, Andhra Pradesh, India dan merupakan produk global buatan kedua dari negara itu selepas Seltos.

Sonet adalah model serba baharu yang dibangunkan dan direkayasa (engineered) dari asas secara bersama di antara Kia Motors India dan ibu pejabat penyelidikan dan pembangunan (R&) Kia di Korea Selatan.

Dari segi reka bentuk, Sonet dizahirkan di dalam gayaan rugged dan lasak serta permukaan badan berlekuk dan boleh dikatakan berbeza dari gayaan bergaris dan berkotak pada Seltos dan Sorento baharu.

Sistem kereta pula canggih dengan UVO Voice Assist yang boleh memberi respon pada sapaan Hello, Kia.

Turut dilengkapi ialah Smart Pure Air Purifier dengan perlindungan dari virus.

Sonet dihasilkan melalui input pasaran yang ekstensif dari India terutama sekali berkaitan reka bentuk, penalaan enjin dan transmisi serta karakteristiknya, ciri-ciri suspensi dan kelengkapan teknologi tinggi yang ditawarkan.

Tawaran enjin pula pelbagai dan menariknya mempunyai enjin diesel dan  menggunakan transmisi IMT baharu.

Berikut ialah tawaran rangkaian kuasa untuk Kia Sonet:

  • Dua enjin petrol iaitu Smartstream 1.2 liter empat silinder dan 1.0 T-GDi (turbocharged gasoline direct injection).
  • Enjin diesel 1.5-liter CRDi dengan enam kelajuan automatik – Pertama untuk segmen SUV kompak.
  • Lima jenis transmisi.
  • Lima dan enam kelajuan manual.
  • Tujuh kelajuan DCT, enam keajuan automatik.
  • Enam kelajuan Smartstream iMT (intelligent manual transmission) – Transmisi ala manual tanpa klac.

Sonet telah menjalani ujian jalan raya yang ekstensif di India dengan jurutera dari India dan Korea Selatan menguji model prototaip pada jarak melebihi 100,000 km merangkumi pelbagai bentuk muka bumi, situasi pemanduan dan keadaan cuaca.

Aspek pemanduan dan pengendalian Sonet telah disempurnakan (fine-tuned) oleh jurutera Kia di pusat R&D di Namyang dan pusat pembangunan di Anantapur, Andhra Pradesh.

Dari segi binaan, dua pertiga badan Sonet diperbuat dari keluli kekuatan tinggi dan kekuatan tinggi tahap tinggi (advanced high strength steel).

Berikut pula di antara kelengkapan keselamatan pada Kia Sonet:

  • Enam beg udara.
  • ABS dengan EBD.
  • ESC, Daya Tolakan Mendaki (HAC), VSM dan BA (Bantuan Brek).
  • Pengesan Meletak Kenderaan Depan dan Belakang.
  • Sistem Pengawasan Tekanan Tayar (TPMS).
  • Lampu automatik.
  • Poin cangkuk ISOFIX.

Jualan Sonet akan bermula dalam masa terdekat di India dan disusuli pasaran global lain.

Bagaimana dengan pasaran tempatan? Memandangkan Sonet masih baharu tiada jawapan konkrit dapat diberikan.

Jika ditawarkan kelak, Sonet mungkin berada di dalam segmen sama seperti SUV yang khabarnya bakal ditawarkan oleh Perodua.

Google ads
Back to top button