Buletin

ISU CONTENGAN GRAFITI PADA NISSAN Z: TIADA UNSUR VANDALISME ATAU SABOTAJ

Ketika berita mengenai Nissan Z dan trak pikap dipenuhi contengan grafiti mulai tersebar luas, ada di antara kita menyangka bahawa ia adalah hasil daripada vandalisme.

Walau bagaimanapun, Nissan baru-baru ini memberi kenyataan di halaman Facebook bahawa dua model berkenaan adalah kenderaan demo dan sememangnya akan dimusnahkan.

Mengenai contengan, Nissan tidak mengulas lanjut sehingga ke hari ini dan orang ramai masih membuat spekulasi mengenai motif Nissan.

“Nissan kerap bekerjasama dengan beberapa pihak ketiga untuk melupuskan kenderaan mengikut peraturan syarikat dan kerajaan.

“Ia adalah amalan biasa di seluruh industri untuk unit pra-pengeluaran dilupuskan pada penghujung penggunaan,” Jelas Nissan.

Ini bukan kali pertama Nissan melupuskan keretanya sendiri. Tahun lepas, Nissan turut merancang untuk memusnahkan beberapa kenderaan konsep lamanya.

Google ads
Back to top button