Motosikal

KAWASAKI USA RECALL NINJA H2. ECU ROSAK, KOTAK GEAR BOLEH TERKUNCI

Kawasaki Motors USA baru-baru ini memanggil semula model Kawasaki Ninja H2 kerana masalah unit kawalan elektronik (ECU) enjin yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan transmisi. 

Menurut dokumen yang disiarkan oleh Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika (NHTSA), Kawasaki menganggarkan sebanyak 799 unit Ninja H2 terlibat dalam recall tersebut. 

Model-model yang terlibat ialah Ninja H2 SX, Ninja H2 SX SE buatan tahun 2018 dan Ninja H2 SX SE+ tahun 2019-2020. 

Laporan panggilan semula itu menjelaskan masalah jentera itu dikaitkan dengan pengaturcaraan ECU yang sudah rosak. Ia akan menyebabkannya gagal mengawal peningkatan mendadak tahap rev pada putaran enjin yang tinggi semasa gear dimasukkan secara tidak betul. 

“Apabila gear kembali engage pada rpm tinggi secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan kepada gear.” Gear yang rosak itu kemudian membuatkan transmisi san enjin terkunci, sekali gus memberi risiko motosikal hilang kawalan dan kemalangan. 

Beberapa insiden masalah tersebut dilaporkan sejak Mei 2018 dengan kebanyakan penunggang memberitahu mereka tidak boleh menukar dari gear 4 ke gear 5. Mujurlah tiada sebarang kemalangan berlaku akibat masalah itu. 

Walaupun model H2 berkongsi komponen transmisi dengan ZH2, Kawasaki mengesahkan bahawa Z H2 tidak berdepan isu berkenaan.  

Google ads
Back to top button