Buletin

JAECOO PREMIERE EXPERIENCE – JELAJAH JAECOO J7 UNTUK PEMINAT SUV KINI BERMULA

Misteri disebalik kotak hitam di The Waterfront di Desa ParkCity sejak dua hari lepas akhirnya terbongkar, dengan pengenalan SUV “off-road” terbaharu di pasaran negara iaitu JAECOO J7.

Dipratonton buat pertama kalinya di acara JAECOO Premiere Experience, J7 adalah model pertama dari jenama SUV premium ini dan dijadualkan untuk dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada separuh pertama tahun 2024.

Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melancarkan model J7, berikutan pelancarannya di Eropah Timur, Asia-Pasifik dan Amerika Tengah dan Selatan.

Mengulas mengenai peluang di pasaran Malaysia, Presiden JAECOO Malaysia, Leo Chen berkata, “Ilham untuk jenama JAECOO ini timbul setelah meneliti sekumpulan pengguna yang semakin menyerlah.”

“Kami percaya JAECOO mampu menarik perhatian pengguna baru yang bukan konvensional ini,” kata Chen.

JAECOO berhasrat untuk mencabar pasaran semasa dengan mengukir nama sebagai jenama SUV “off-road” berdaya-tarikan bandar bersesuaian falsafah jenama ‘From Classic, Beyond Classic’.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia, segmen SUV di Malaysia kini mencecah hampir 30 peratus dari keseluruhan pasaran kenderaan penumpang pada tahun 2023, dengan permintaan yang dijangka akan terus berkembang melampaui tahun 2024.

J7 adalah model sulung JAECOO, direka khas untuk prestasi enjin yang unggul dengan kadar penggunaan bahan bakar paling cekap dalam kelasnya, serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.

SUV ini juga menyediakan keselesaan moden termasuklah kamera 540 darjah, paparan media berdefinisi tinggi sebesar 14.8 inci, Apple Car Play dan Android Auto.

Orang ramai dijemput mengunjungi JAECOO Premiere Experience yang berlangsung dari hari Sabtu, 9 Mac hingga Ahad, 17 Mac 2024, dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam di The Waterfront, Desa ParkCity, Kuala Lumpur.

JAECOO Premiere Experience akan beralih ke lokasi-lokasi lain pula di sekitar Lembah Klang, sebelum menjelajah ke seluruh negara menjelang pertengahan tahun ini.

Anda dijemput untuk mengamati JAECOO J7 pada hari dan lokasi seperti berikut:

  • Desa Park City, K.L: 7 – 17 Mac 2024
  • Pavilion Bukit Jalil, K.L: 19 – 23 Mac 2024
  • One Utama, P.J: 10 – 14 April 2024
  • Mid Valley, K.L: 25 – 28 April 2024
  • Paradigm Mall, JB: 15 – 19 Mei

Untuk butiran lanjut sila layari www.jaecoo.com.my dan laman media sosial JAECOO Malaysia.

Google ads
Back to top button