Buletin

JAGA-JAGA, MITSUBISHI EXPANDER SUDAH DIEKSPORT KE LUAR!

Setelah sekian lama Toyota Avanza menjadi kereta sejuta umat di Indonesia akhirnya ia telah pun berjaya dicabar. Lebih mengujakan apabila Avanza bukan dikilas oleh seteru utama iaitu Honda atau Nissan tetapi dari Mitsubishi yang sebelum ini kurang dari segi tawaran popular.

Setelah berjaya mendapat sambutan hangat di Indonesia, Mitsubishi Motors pada 25 April mula menghantar model yang dikilangkan di Bekasi ini ke negara luar.

Destinasi pertama ialah Filipina sebelum disusuli oleh negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan beberapa pasaran antarabangsa lain.

Mitsubishi menjangkakan sebanyak 30,000 unit XPANDER bakal dieksport ke negara luar pada tahun ini.

Majlis meraikan kumpulan eksport pertama dihadiri oleh bukan calang-calang jemputan. Ia dihadiri oleh Presiden Indonesia sendiri, Joko Widodo dan Menteri Industri, Airlangga Hartarto dan Ketua Eksekutif Mitsubishi Motors, Osamu Masuko.

Majlis ini adalah suatu yang bermakna buat Mitsubishi apabila ia adalah kali pertama pengeluar itu mengeksport kenderaan secara besar-besaran dari Indonesia sejak mula beroperasi hampir 50 tahun lalu.

Program ini menjadi kenyatan susulan sokongan kuat kerajaan Indonesia dan juga rakan kongsi bersama Mitsubishi Corporation (MC) dan PT Krama Yudha (KY).

Mitsubishi EXPANDER yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu adalah taruhan yang berjaya apabila pengedar seluruh Indonesia telah memesan sebanyak 66,000 unit dan pada bulan Mac lalu telah menjadi kereta paling laris di sana.

Tidak hanya menikmati jualan tinggi, Mitsubishi turut membantu merancakkan ekonomi Indonesia apabila kilang di Bekasi menggunakan 3,000 pekerja dan mahu menambah lagi 400 pekerja untuk menyokong produksi.

Akhirnya selepas lama kemarau tanpa model popular, Mitsubishi kembali berada di liga atas dan suatu yang menarik apabila model ini dipasarkan di Malaysia kelak.

Mampukah ia berjaya menggugat jualan Honda BR-V yang sebelum ini telah berjaya mengalahkan Toyota Avanva?

Menarik bukan?

BACA: MITSUBISHI COLT BAKAL BUAT PENAMPILAN SEMULA 5 TAHUN LAGI?

BACA: MITSUBISHI LANCER WRC – WIRA YANG TELAH MENGHILANG

Google ads
Back to top button