Buletin

FORD FIESTA SPORT VAN – APABILA KERETA JADI VAN KARGO!

Sebagai penggemar automotif dan jenama nasional kita boleh berbangga dengan pelbagai model asas Proton yang berjaya dipasarkan dalam pelbagai bentuk.

Contoh paling awal apabila Proton Saga dipanjangkan menjadi Saga Limousine. Seterusnya adalah sejarah sehinggalah Wira dijadikan sebagai pikap kecil.

Ini lagi unik. Ford baru sahaja memperkenalkan varian baharu kereta kompaknya iaitu Fiesta Sport Van.

Kenapa ada nama van? Salah nama ke macam mana?

Iya, ini adalah Ford Fiesta dua pintu dengan bahagian belakang dijadikan ruang kargo. Lebih unik apabila cermin sisi belakang dilindungi panel ala Toyota Hiace.

Sebenarnya ini bukanlah model yang asing dari Ford apabila Fiesta generasi sebelum turut dipasarkan dalam versi begini.

Unik dan comel, model ini disasarkan kepada peniaga kecil-kecilan yang tidak mahukan kenderaan komersil besar.

Fiesta baharu ini dikuasakan oleh enjin 1.0 liter EcoBoost berkuasa 125PS dan 1.5 liter TDCi diesel berkuasa 120PS.

Bahagian kargo Fiesta Sport Van ini boleh memuatkan kargo berukuran satu kubik meter dengan panjang hampir 1.3 meter. Berat beban pun boleh tahan bagus iaitu sebanyak 500 kg.

Memandangkan bahagian belakang adalah khas untuk mengisi barang, Ford sudah siap-siap memasang kemasan sisi tepi tahan lasak dan lantai beralaskan getah.

Walaupun model ini untuk kegunaan komersil, Ford turut melengkapinya dengan pelbagai teknologi canggih seperti Pre‑Collision Assist dengan Pedestrian Detection emergency braking system, Adaptive Cruise Control dan Blind Spot Information System.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi pemanduan harian seperti Cross Traffic Alert supaya senang untuk parkir, Traffic Sign Recognition dan Adjustable Speed Limiter bagi membantu dalam mengelak dari dikenakan saman had laju.

Satu lagi keunikan Fiesta Sport Van ialah reka bentuk luaran yang sporti termasuklah roda 18 inci. Saiz yang besar untuk kereta kompak dan pada masa yang sama sebuah van kargo.

Dah sampai masanya Toyota Hiace pun bertukar dari rim kompang besi kepada tawaran sebegini. Atau satu lagi idea menarik apabila Proton Iriz atau Perodua Myvi ditawarkan dalam gayaan sebegini.

Pelanggan sasaran? Makwe-makwe atau abang-abang yang menjual barang dalam talian. Cun juga kan.

BACA: FORD MUSTANG – KERETA SPORTS COUPE TERLARIS DUNIA!

BACA: FORD FOCUS BAHARU – OKAY KE TIDAK NI?

Google ads
Back to top button