Artikel Pilihan

JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN DI PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT

Bayangkan pada satu pagi yang sibuk selepas anda bersilat menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah, anda perlu singgah menghantar anak ke sekolah dahulu sebelum ke pejabat. Sampai sahaja di persimpangan lampu isyarat, lampu itu tetap merah walaupun selepas 10 minit berlalu dengan sia-sia.

Sudah pasti anda hangin satu badan kan. Itulah sebenarnya yang terjadi pada penulis hari ini selepas mendapati persimpangan lampu isyarat tadi berfungsi dengan baik, cuma kedudukan kenderaan pertama yang berada di lampu isyarat adalah salah dan menyebabkan lampu tidak bertukar menjadi hijau.

Untuk kebanyakan lampu isyarat di dalam negara kita, secara asasnya ia akan dikawal dengan 2 sistem yang berbeza. Sistem pertama menggunakan pemasaan, iaitu lampu isyarat akan bertukar dari merah ke hijau dan kuning berdasarkan kiraan masa (time based).

Sebab itu kalau anda perasan sesetengah lampu isyarat walaupun tiada kenderaan di situ, tetap akan bertukar menjadi hijau. Keadaan ini akan menyebabkan kesesakan di jalan raya yang besar dimana keadaan trafik di laluan utama adalah lebih sibuk dan lebih banyak kenderaan.

Bagi mengatasi isu ini, lampu isyarat akan beroperasi dengan kaedah kedua iaitu berdasarkan pengesanan kenderaan. Jika tiada kenderaan di simpang, ia akan kekal merah dan laluan utama yang sibuk akan diberikan lampu hijau bagi menyuraikan trafik.

Jika anda kenderaan di simpang, barulah laluan utama diberikan lampu merah dan laluan lain diberikan lampu hijau bagi melintas jalan dengan selamat. Sensor ini menggunakan kaedah induction loop dengan sensor ini “ditanam” dalam bentuk segi empat atau segi enam memanjang berdekatan dengan kedudukan lampu isyarat, di belakang garisan putih

Sebaik sahaja kereta atau kenderaan pertama berhenti di atas sensor, ia akan menyebabkan perubahan medan magnet pada sensor induction loop lantas lampu isyarat akan bertukar daripada merah kepada hijau dan seterusnya berwarna jingga.

Namun sekiranya kenderaan pertama beradad di belakang atau di depan induction loop itu tadi, maka ia tidak akan mencetuskan perubahan medan magnet menjadikan lampu isyarat kekal merah sampai bila-bila. Mungkin sampai 1 dollar USD bersamaan dengan RM 6 pun ia akan kekal merah.

Isu di sini ialah pemandu gagal mengesan kedudukan loop sensor yang ditanam dalam jalan raya disebabkan ia biasa diwarnakan dengan warna hitam. Mungkin selepas ini pihak berkuasa boleh meletakkan papan tanda “Berhenti di sini” bagi meminta pemandu berhenti di kawasan yang betul bagi mengaktifkan lampu isyarat.

Atau kawasan loop induction sensor tadi boleh diwarnakan dengan warna terang sebagai tanda untuk pemandu berhenti dengan tepat dan selamat di kawasan yang sesuai. Jika kawasan ini gelap, cara lain ialah memastikan kawasan ini terang sedikit dengan memasang lampu jalan.

Google ads
Back to top button