Artikel Pilihan

SUZUKI APV – ENTAH BERAPA LAMA LAGILAH NAK JUAL

DI tengah kesibukan orang ramai asyik bersembang perihal MPV / SUV murah model terbaharu, Suzuki APV ini masih lagi berada dalam senarai katalog dalam laman sesawang rasmi pengedar Suzuki di Indonesia.

Mengikut istilah, APV ini bermaksud All Purpose Vehicle dan ianya dikelaskan sebagai minivan. Tapi kejuruteraan Suzuki dikala itu memilih pintu jenis daun berbanding pintu gelongsor, tipikal sebuah van. Ketinggiannya menyamai sebuah lori tangki, maka tidak hairanlah kepayahan menaiki Suzuki APV ini sudah menjadi buah mulut penumpang.

Model asal Suzuki APV ini jikalau diikutkan mula berada di pasaran sekitar tahun 2004 dan ianya dikilangkan secara ekslusif di Indonesia. Dan penerimaan model yang diakui cukup lasak ini tidak dapat disangkal lagi. Bertahun tahun lamanya model ini dijual, baik sebagai van penumpang. panel van mahu pun sebagai van pickup. Yang buat sebagai Angkutan pun bersepah juga di sana.

Dikenali sebagai van murah, Suzuki mempertaruhkan pula versi yang lebih mewah, APV Luxury bermula tahun 2009. Dan ianya masih terus dijual sehingga ke tahun 2020. Jangan terkeliru, varian APV standard masih lagi dijual seperti biasa sehingga ke hari ini juga.

Menariknya, APV Luxury ini telah diberikan penampilan yang lebih mewah dan bergaya. Lampu utama. gril. bampar baharu dan juga kit badan yang lebih labuh bagi memberikan efek rendah kenderaan ini. Padahal tinggi melangit juga. Serupa naik bas persiaran. Mujur juga rim 17 itu Berjaya membuang imej sebuah bas persiaran bersaiz mini.

Malah tempat duduk jenis Captain Seat di barisan kedua memberikan imej yang lebih eksklusif sekaligus menaikan sedikit darjat APV Luxury ini berbanding model standard. Warna fabrik tempat duduk pun jenis cerah. Kata nak mewah kan.

Dan kini selepas melebihi 10 tahun berada dalam pasaran, Suzuki Indonesia masih tidak bercadang untuk menamatkan jualan model ini. Jikalau dahulu, mereka boleh menjual melebihi empat angka unit sebulan, kini APV masih lagi mampu dijual waima angkanya sekira 500++ unit sebulan. Masih ok lagi kata mereka.

Nak buat facelift pun macam tak padan pula, tak tahu nak adjust celah mana lagi dah. Generasi kedua pun tampak macam mustahil sebab model global Ertiga juga sedang rancak terjual. Tapi harus diingat, Suzuki APV ini juga sebenarnya masih dieksport ke luar negara seperti di benua Amerika Selatan

BACA : SEMBANG SANTAI BERSAMA SUZUKI APV

BACA : SUZUKI SUMBANG SUZUKI APV

Google ads

B K

Back to top button