Artikel Pilihan

JANNARELLY DESIGN-1 MULA DIPASARKAN DI UK – BILA MASA JANNA NICK BUAT KERETA?

Jannarelly Automotive telah melancarkan model yang dinamakan Design-1 ke pasaran UK. Ia merupakan sebuah kereta sport bergaya retro dan dipasarkan dengan harga £86,000. Walaupun bukan nama besar tetapi Design-1 ini tidak kelihatan seperti rekaan murahan ataupun dibuat secara ala kadar.

Syarikat yang berpengkalan di Dubai itu menawarkan tiga varian kepada pengguna – Roadster, Coupe dan Aero. Kesemua varian mempunyai tahap kemasan custom yang sangat tinggi untuk memuaskan hati bakal-bakal pembeli. Pengeluaran hanya akan dihadkan kepada 499 unit.

Bukan itu saja, mereka turut menawarkan dua pilihan material untuk rekaan badan kereta sama ada dari bahan komposit ataupun serat karbon. Design-1 mengunakan casis yang sangat teguh dengan teknologi spaceframe yang sangat ringan. Syarikat ini mensasarkan berat keseluruhan kereta hanya sekitar 850 kilogram. Ya 850 kilogram tuan-tuan.

Ia menggunakan enjin 3.5L V6 yang dibekalkan oleh Nissan dan berkemampuan untuk menghasilkan 325 hp kuasa yang kemudiannya dihantar ke unit LSD di belakang menerusi kotak gear manual enam-kelajuan. 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa kurang dari empat saat dan kelajuan maksimanya pulah ialah sekitar 217 km/j.

Rekaan Deisgn-1 ini sebenarnya agak menarik khususnya varian coupe. Ia memang diinspirasikan dari kereta-kereta ikonik keluaran tahun 60-an. Anthony Jannarelly ini sebenarnya ialah pereka yang menghasilkan lakaran untuk hypercar terkenal seperti Fenyr SuperSport dan Lykan HyperSport. Tapi projeknya kali ini agak unik dan kelihatan lebih ringkas.

Ia kelihatan retro tetapi pada masa yang sama nampak bergaya dengan karektor tersendiri.

Google ads
Back to top button