BOSCH Mrec – Desktop
Buletin

JEEP RENEGADE PHEV, CANTIK JUGA KAN?

SHARE

Sebelum ini DRB-Hicom pernah memasarkan kenderaan Jeep ke pasaran tempatan. Tawaran menarik itu bagaimanapun tidak bertahan lama.

Walaupun menarik, harga yang ditawarkan kurang mesra pengguna kebanyakan.

Lagi pula, pengguna tempatan ditawarkan dengan pelbagai pilihan jip dan SUV dari Eropah dan Jepun.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Berbanding dengan pengeluar lain, Jeep adalah pengeluar jip dan kenderaan 4×4 sejati.

Jeep pada tahun 1941 mengeluarkan Willys-Overland yang merupakan kenderaan 4×4 pertama dan kemudian pada tahun 1946 menawarkan Willys Wagon dengan konsep SUV pertama.

Reputasi Jeep dalam arena off-road memang terkenal sehingga kini dan sesebuah pengeluar tidak boleh mengulangi perkara sama.

Bagi menyahut cabaran semasa, Jeep bakal memperkenalkan model plug-in hybrid (PHEV) pertama.

Nadi kuasa baharu tersebut bakal dilengkapi pada Jeep Renehad dan Jeep Compass.

Ini suatu yang menarik memandangkan kenderaan Jeep biasa dipandu di permukaan lasak dan bagaimana nadi kuasa bateri tersebut dapat bertahan.

Jeep Renegade dan Jeep Compass PHEV dipertontonkan kepada orang ramai pada Pameran Kenderaan Antarabangsa Geneva (GIMS) 2019.

Dalam mod elektrik sepenunya, kedua-dua jip ini mampu dipandu sejauh 49 km dengan kelajuan maksimum elektrik 128 km/j.

Unit elektrik tersebut berkerja bergandingan dengan enjin baharu 1.3 liter turbo petrol.

Output kuasa juga boleh tahan iaitu di antara 190 hp dan 240 hp dengan pecutan dari 0 hingga 100 km/j mengambil masa sekitar tujuh saat.

Satu lagi kelebihan kuasa elektrik ialah ia secocok dengan keperluan dalam pemanduan off-road.

Kuasa daripada motor elektrik memberikan daya kilas lebih kuat dan keupayaan untuk penyesuaian dengan lebih tepat di atas permukaan bumi mencabar di mana nisbah gear yang sangat rendah diperlukan.

Menariknya, sistem pacuan AWD baharu elektrik atau eAWD tidak lagi menggunakan batang pengacu untuk gandar belakang tetapi melalui motor elektrik khusus.

Ini membolehkan kedua-dua gandar dipisahkan dan berupaya mengawal daya kilas secara bebas dalam cara yang lebih efektif berbanding sistem mekanikal.

Jadi apa yang kita saksikan hari ini ialah, kuasa 4WD bukan lagi digerakkan oleh pemacu tetapi motor elektrik!  Hebat juga bukan?

Bagaimana apabila jip ini terendam dalam air semasa melalui sungai atau banjir? Menarik untuk dicuba.

Tags
Google ads
Back to top button