Buletin

JENTERA HIPER MERCEDES-AMG R50 – UNTUK TREK SAHAJA, 1,000hp!

Model jentera hiper daripada Mercedes-Benz AMG dijangka hadir bersama teknologi Formula 1. Dengan kod nama R50, pengeluar kenderaan premium dari Jerman itu berjanji akan menawarkan tahap prestasi yang belum pernah ditawarkan sebelum ini.

Mercedes-AMG-R50-mekanika (3)

Mercedes-Benz dijadual mendedahkan konsep R50 pada tahun depan. Ia merupakan ulang tahun ke-50 divisyen AMG sejak ia diasaskan dan dimiliki oleh Daimler. Untuk makluman, AMG ialah sebuah syarikat bebas sebelum ia dibeli oleh Mercedes-Benz.

Memandangkan ini merupakan sebuah kereta hiper yang eksklusif, Mercedes-AMG dikatakan merancang untuk menjadikannya sebagai jentera trek sahaja. Jadi, ia akan memenuhi selera golongan super kaya yang mahu memandu jentera hebat di atas litar.

Mercedes-AMG-R50-mekanika (1)

Mercedes-AMG R50 akan menjadi jawapan kepada model Ferrari FXX-K. Biasanya, versi kereta hiper yang sah dipandu di atas jalan raya mempunyai kuasa yang terlalu ekstrem untuk pemandu. Jadi, menghasilkan jentera untuk trek sahaja dilihat lebih logik.

Mujurlah rangkaian kuasa yang ada pada setiap kereta hiper seperti ini dilengkapi sistem tercanggih yang membolehkan pemandu mengawal prestasinya.

Mercedes-AMG-R50-mekanika (1)

R50 dibina di atas platform kereta hiper keluaran Mercedes-Benz. Kuasanya mungkin datang datang daripada salah satu sumber ini. Pertama, rangkaian kuasa hibrid 1.6 liter pengecas turbo yang digunakan pada jentera F1. Kedua, ia mungkin menggunakan enjin turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 1,000hp!

Menggunakan gentian karbon pada kebanyakan badannya, tidak hairanlah jika kereta ini cukup ringan, iaitu sekitar 1,315kg. Ia jauh jauh lebih ringan berbanding McLaren P1 (1,490kg), LaFerrari (1,587kg) atau Porsche 918 Spyder (1,633kg).

Mercedes-AMG-R50-mekanika (4)

Nisbah berat kuasa itu membolehkannya mencapai kelajuan dari 0 hingga 10km/j dalam masa dua saat sahaja dengan pecutan 354km/j. Dengan casisnya ditala oleh Lotus, R50 memberi jaminan ia mampu mengambil selekoh pada kelajuan yang sangat tinggi.

Menurut Mercedes-AMG hanya 20 hingga 25 unit R50 akan dihasilkan.

Google ads
Back to top button