Motosikal

PROJECT 1408 – DUCATI 1299 SUPERLEGGERA DENGAN KERANGKA GENTIAN KARBON?  

Ducati dilihat mula mendedahkan sesuatu yang begitu istimewa. Buat masa sekarang, Ducati menamakannya sebagai “Project 1408”. Ia didedahkan dalam satu laman web mikro yang dihasilkan Ducati. Walaupun tidak banyak maklumat disediakan, Ducati dikatakan sudahpun memberi ‘hint’ kepada para pelanggan VIP, menyatakan jentera terbaharu itu diperbuat daripada gentian karbon. Ducati-1299-Superleggera-carbon-fibre-mekanika (3) Sumber mengesahkan bahawa Ducati Project 1408 ialah Superleggera baharu yang dibina berasaskan kepada platform Ducati 1299 Panigale. Namun, harus tahu bahawa ia bukan sekadar Ducati 1199 Superleggera dengan enjin 1299. Sebaliknya Ducati 1299 Superleggera dikatakan lebih ringan kerana menggunakan kerangka gentian karbon. Gentian karbon mungkin boleh dilihat pada headstock/airbox, lengan ayun dan rim buatan BST. Komponen premium lain turut merangkumi suspensi Öhlins terbaharu. Ducati-1299-Superleggera-carbon-fibre-mekanika (5) Ekzos pula sama dengan yang digunakan oleh pasukan Ducati World Superbike. Unit titanium Akrapovic itu kemudian diposisikan di bawah tempat duduk. Ducati 1299 Superleggera didakwa memiliki spesifikasi yang hampir dengan jentera WSBK. Jika benar khabar angin enjinnya mampu menjana kuasa mencecah 220hp, maka ia bakal menjadi superbike paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh pengeluar motosikal dari Itali itu. Ducati-1299-Superleggera-carbon-fibre-mekanika (2) Dengan semua kelebihan tersebut, semua boleh agak harganya bukanlah murah. Harganya didakwa boleh mencecah AS$70,000 (RM292,800) seunit. Ia dijangka menjadi model terakhir dalam rangkaian Panigale kerana superbike baharu dijadual diperkenalkan pada tahun 2018.

Google ads
Back to top button