
JENTERA MILDEF 4X4 HMAV LEPASI SESI PANDU UJI PERTAMA DENGAN CEMERLANG
Kenderaan berperisai mobiliti tinggi 4×4 buatan Malaysia yang pertama, MILDEF 4×4 HMAV dilapor baru sahaja melepasi sesi uji nilai yang pertama dengan cemerlang.
Ini menjadi bukti keupayaan syarikat Malaysia dalam mereka cipta dan membangunkan kenderaan berperisai yang berupaya untuk bergerak pantas di atas pelbagai bentuk muka bumi dengan kelajuan sehingga 110km/j. Ia juga terbukti mampu melaksanakan pelbagai misi penting ketenteraan. Selain dapat memberi perlindungan kepada krew.
Bagi menjayaan sesi uji nilai ini, MILDEF INTERNATIONAL TECHNOLOGIES SDN BHD telah mendapat kerjasama daripada Tim Uji Nilai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan.

Tatacara perlaksanaan uji nilai berkenaan dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh TDM dan setanding dengan pelaksanaan di peringkat antarabangsa.
HMAV itu menjalani sesi pandu uji di beberapa lokasi seperti Kuantan, Kemaman, Kota Bharu, Sungai Petani, Gemas dan Sungai Merab.
Antara ujian yang dijalankan ialah laluan off-rad sejauh 300km, on-road sejauh 700km, ujian di atas jalan berpasir, ujian brek, mendaki, halangan dan banyak lagi.

“Kami di MILDEF amat berpuas hati dengan hasil uji nilai pertama ini. Bagi pihak syarikat, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan uji nilai daripada STRIDE dan Tentera Darat Malaysia yang turut turun padang.
“Kami juga sedang merancang untuk menjalankan beberapa lagi sesi lain di beberapa lokasi berbeza,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MILDEF, Dato’ Sri Mohd Nizam Kasa.
- BACA: MILDEF PERKENAL HMAV 4X4. SUDAH TERIMA 100 UNIT TEMPAHAN
- BACA: TENTERA DARAT MALAYSIA TERIMA 180 KAWASAKI SCRAMBLER 250CC
- BACA: BOT PERONDA TENTERA LAUT NIGERIA BUATAN MALAYSIA. SIAPA KATA SYARIKAT TEMPATAN TAK POWER?
- BACA: AGENSI PENGUATKUASAAN DADAH DAN TENTERA LAUT COLUMBIA RAMPAS KAPAL SELAM BAWA DADAH
GALERI