
TENTERA DARAT MALAYSIA TERIMA 180 KAWASAKI SCRAMBLER 250CC
Tentera Darat Malaysia (TDM) menerima kira-kira 180 buah aset baharu, motosikal Kawasaki Scrambler 250 cc di bawah Perolehan Rolling Plan Keempat bagi kegunaan operasi.
Melalui hantaran laman Facebook rasmi TDM, aset terbaharu itu amat bertepatan dengan salah satu penumpuan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28, “Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan” .

Ia bagi memberi penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TDM berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.
Majlis penyerahan disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd. dengan aset terbabit diserahkan oleh Pengarah Kawasaki Motors, Sdn. Bhd., Datuk Jefry Lim di Kem Batu Kentomen, Kuala Lumpur.

Hadir sama ialah Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo Abdullah dan Pegawai Kanan TDM.
Selain itu, The Army Red Warrior Motorcycle Team turut melakukan demonstrasi tunggangan aset terbaharu itu sebagai tanda simbolik majlis penyerahan tersebut. –FB TDM
- BACA: KAWASAKI NINJA 250 2021 DIPERKENALKAN DI PASARAN JEPUN. DUA WARNA BAHARU JADI PILIHAN
- BACA: HELIKOPTER K-RACER DIJANA ENJIN KAWASAKI NINJA H2R
- BACA: KAWASAKI DAH TAK MAHU BUAT MOTOSIKAL MULAI TAHUN DEPAN?
- BACA: HONDA, YAMAHA, KAWASAKI & SUZUKI BEKERJASAMA HASILKAN SISTEM PENUKARAN BATERI UNTUK MOTOSIKAL ELEKTRIK








