Buletin

JETOUR MALAYSIA SEMAKIN GAH APABILA PENASIHAT JUALAN MEREKA MENANG DI CHINA

Ternyata dewasa ini perkembangan dunia automotif dari China semakin hebat menyerang tanahair dengan pelbagai jenama masuk yang ingin mendapatkan sedikit kek pasaran yang ternyata boleh tahan banyak juga rupanya. Salah satu darinya adalah JETOUR.

Untuk rekod, jenama JETOUR ini sebenarnya adalah firma automotif baharu dan telah ditubuhkan sedari tahun 2018 lagi. Dan JETOUR Malaysia pula telah memulakan operasi mereka di sini pada April 2024 dan menjadikan lokasi di Tingkat 18 The Ascent Paradigm, Petaling Jaya, Selangor sebagai pejabat urusan.

JETOUR Malaysia telah membuat penampilan sulungnya di Pameran Automotif Malaysia 2024, yang diadakan di MAEPS pada bulan Mei, di mana ia memperkenalkan jenama ini kepada pasaran tempatan secara rasmi ketika itu. komited untuk menyediakan kenderaan yang inovatif dan berkualiti tinggi kepada pengguna Malaysia, disokong oleh kehadiran antarabangsa yang kukuh dan komitmen terhadap kepuasan pelanggan.

Sudah tentu utama model mereka ketika ini JETOUR Dashing, sebuah SUV lima tempat duduk yang tampil cukup bergaya dan elegan serta mempunyai rekaan yang agak futuristik menjadi andalan utama untuk menarik minat pembeli, apatah lagi harga yang ditawarkan masih lagi dilihat cukup menarik.

Untuk mereka yang berkeluarga, model JETOUR VT9 dengan konfigurasi tempat duduk 5+2 pastinya boleh dipertimbangkan ditambah dengan faktor kemewahan seperti bumbung panorama bersaiz 62 inci serta harganya bermula pada aras RM118,800 sahaja.

Dan akan datang khabarnya JETOUR sudah bersedia untuk menawarkan sebuah lagi SUV, model T2 yang kelihatan cukup rugged, lari daripada tipikal sebuah SUV bandar dengan tayar simpanan sudah semestinya disangkut di bahagian belakang. Ini baru betul SUV.

Menerima sambutan yang hebat daripada rakyat Malaysia, JETOUR Malaysia semestinya giat melebarkan sayap rangkaian jualannya dengan sasaran sehingga 50 cawangan menjelang tahun 2029. Malah JETOUR Malaysia juga giat memberikan penekanan terhadap kualiti Penasihat Jualan mereka dengan memberikan tanggungjawab kepada En. Henzee Hamzah dari Network Support & Training bagi merangka dan menjalankan latihan demi latihan terhadap kesemua Penasihat Jualan.

Terkini pasukan mereka telah menyertai Global Skill Contest di Wuhu, China pada 22 hingga 26 September 2025 dan menariknya JETOUR Malaysia telah memenangi kategori juara individu and keseluruhan mengalahkan 22 negara di bawah JETOUR Internasional.

JETOUR Malaysia diwakili oleh En. Alan Poon Kum Loon dari JETOUR Cheras dan En. Isaac Hiew Si Jie dari JETOUR IPOH dengan En Henzee bertanggungjawab untuk mengawal selia pasukan dari Malaysia bagi memastikan kemenangan diraih.

Menurut Henzee yang juga bekas juara rali MRC 2WD berkata beliau amat berpuas hati dengan hasil yang ditunjukkan mereka berdua dan yang pastinya JETOUR Malaysia memiliki Penasihat Jualan yang terbaik di seluruh Malaysia. Dengan moto Drive Your Future, kini anda sudah boleh memilih jenama JETOUR sebagai kenderaan pilihan keluarga pula. Produk yang bagus, Penasihat Jualan pun bagus.

BACA : PANDU UJI: JETOUR DASHING PREMIUM, PILIHAN BERBALOI?

BACA : MALAYSIA AUTOSHOW 2025: JETOUR VT9 RASMI DILANCARKAN – TAWAR DUA VARIAN, HARGA BERMULA RM118K

Google ads

B K

Back to top button