
MALAYSIA AUTOSHOW 2025: JETOUR VT9 RASMI DILANCARKAN – TAWAR DUA VARIAN, HARGA BERMULA RM118K
Jetour Malaysia terus memperluaskan barisan produknya dengan pengenalan model terbaharu, sebuah SUV tujuh tempat duduk dari segmen D yang dinamakan Jetour VT9.
VT9 bakal menjadi pesaing dalam kategori SUV keluarga yang kini semakin sengit, menyaingi model-model seperti Proton X90, Mazda CX-8, Nissan X-Trail dan Jaecoo J8 yang bakal tiba.
SUV segmen-D tujuh tempat duduk ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Comfort serta Prime.
Dari segi dimensi, VT9 berukuran 4,724mm panjang, 1,900mm lebar dan 1,720mm tinggi, dengan jarak roda 2,720mm.

Penampilan luarannya menampilkan gril heksagon bersama kemasan krom, lampu utama LED automatik, rel bumbung serta rim aloi dua tona bersaiz 19-inci.
Bagi varian Prime, ia menerima tambahan seperti bumbung suria kaca panoramik, tempat duduk pemandu dengan fungsi memori serta pedal jenis logam.
Rekabentuk dalaman VT9 tampil moden dan praktikal, dengan dua skrin 10.25-inci masing-masing untuk infotainmen dan kluster instrumen digital.
Kemudahan sambungan tidak diabaikan dengan kehadiran empat port USB, soket 12V di hadapan dan belakang serta pad pengecas tanpa wayar 50W di konsol tengah.

Ciri standard yang ditawarkan termasuklah kemasukan pintar, butang penghidup enjin, pedal penukar gear, kawalan kelajuan dan tempat duduk pemandu larasan kuasa enam-hala.
Dari segi mekanikal, SUV ini dilengkapi enjin 1.5 liter turbo yang mampu menjana 156hp dan tork 230Nm, disalurkan ke roda hadapan melalui transmisi klac berkembar enam kelajuan.
Dari aspek keselamatan, Jetour VT9 dilengkapi dengan empat beg udara sebagai standard, manakala varian Signature menawarkan enam beg udara.
Ciri lain termasuk sistem brek kecemasan automatik (AEB), bantuan kekal lorong, amaran trafik lintasan belakang, pemantauan titik buta serta amaran membuka pintu.
Untuk harga pula, ia ditawarkan pada harga bermula RM118,800 untuk varian Comfort, manakala varian Prime boleh dimiliki pada harga bermula RM123,800.
GALERI:








- BACA: DIPERKENAL DI MALAYSIA AUTOSHOW – INILAH ICAUR 03, SUV ELEKTRIK BERGAYA ROBUST
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2025 – ZEEKR 7X DIDEDAHKAN, HARGA BERMULA RM182K
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2025 – PROTON PAMER e.MAS 5, BAKAL SAINGI BYD DOLPHIN, EV P2
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2025 – PERODUA TUNJUK HALFCUT EV, KONFEM LANCAR DISEMBER 2025



