Motosikal

HONDA CB150 VERZA FACELIFT MENDARAT DI PASARAN INDONESIA. HARGA BERMULA RM5,870

Astra Honda Motor (AHM) melancarkan model terbaharu CB150 Verza facelift dengan menampilkan rekaan Neo Classic.

Jentera terbaharu itu yang ditawarkan dengan dua pilihan varian didatangkan rim sport dan rim biasa.

Ia dijual pada harga bermula 20,945,000 rupiah (RM6,060) serta 20,290,000 rupiah (RM5,870).

CB150 Verza menawarkan tiga warna pilihan iaitu hitam (Macho Matte Black dan Masculine Black) dan merah (Bold Red).

Sportbike itu didatangkan rekaan baharu datang dipadankan grafik khas pada bahagian tangki minyak menyerlahkan lagi sisi sporty jentera berkenaan.

Selain itu, ia dilengkapi lampu utama dengan rekaan bulat dan lampu belakang jenis smoked.

Posisi tempat duduk pula, direka secara menegak dan ergonomik dalam memberi keselesaan ketika tunggangan.

CB150 Verza mendapat khidmat enjin 4-lejang silinder tunggal 150cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI.

Enjin mematuhi standard piawaian Euro 3 itu mampu menjana kuasa 12.8hp @ 8,500rpm dan tork 12.7Nm @ 6,000rpm dipadankan transmisi manual 5 kelajuan.

Sistem suspensi dilengkapi fork teleskopik pada bahagian depan dan absober berkembar boleh laras pada bahagian belakang.

Jentera itu turut dibekalkan instrumen digital dalam memaparkan pelbagai informasi dan secure key shutter. – otoasia/Honda Indonesia

Google ads
Back to top button