Buletin

KANTOI CURANG BILA ISTERI TERIMA SURAT SAMAN BERGAMBAR

Rahsia curang seorang suami terbongkar apabila isterinya menerima surat saman had laju berserta gambar.

Dalam gambar bukti saman terbabit, ia memaparkan seorang wanita tidak dikenali sedang memandu kereta BMW lelaki berkenaan.

Wanita dari Jerman yang identitinya tidak didedahkan itu baru-baru ini menerima surat saman yang dikirim ke alamat rumahnya beserta gambar seorang wanita sedang memandu kereta BMW milik syarikat yang digunakan suaminya.

Bagaimanapun, wanita tersebut berasa hairan kerana berdasarkan tarikh saman, dia tidak mempunyai lesen memandu dan tidak memandu kereta tersebut.

“Dalam gambar tersebut, anak guam saya melihat terdapat seorang wanita yang memandu kereta itu dan dia mula berasa gementar kerana dia tidak mempunyai lesen memandu,” kata peguam si isteri, Fatma Poyraz-Devrim.

Selepas diselidik, suami wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa wanita dalam gambar tersebut adalah teman wanitanya.

Wanita itu bagaimanapun tidak dapat hadir ke mahkamah kerana telah ‘lesap’ ke luar negara, bersama-sama dengan kereta BMW tersebut.

Isterinya yang sepatutnya dibicarakan atas kes kesalahan memandu melebihi had laju tersebut akhirnya dibebaskan oleh hakim selepas dia didapati bukan individu yang memandu kereta itu. –KOSMO!

Google ads
Back to top button